Bank langgar akta data peribadi


Bank langgar akta data peribadi

Sekurang-kurangnya lima institusi perbankan didakwa melanggar Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) apabila menjual maklumat hutang lapuk kepada tiga buah syarikat di negara ini.

Presiden Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia (4PM), Rosland Mohd. Arif berkata, perkara itu terdedah setelah peminjam membuat aduan kepada pihaknya.

Katanya, akta tersebut sepatutnya melindungi hak individu bagi mengelakkan mana-mana syarikat menjual, berkongsi, atau menggunakan maklumat mereka bagi kepentingan pihak ketiga.



Katanya, pihak ketiga yang meraih maklumat hutang lapuk itu bertindak mengutip hutang daripada peminjam, meskipun hutang lapuk tidak boleh dituntut selepas tempoh enam tahun seperti termaktub dalam Akta Had Masa 1953.

Malah, bank-bank tersebut akan mendapatkan arahan mahkamah supaya peminjam akur sekali gus dipaksa melunaskan hutang lapuk itu dengan segera.

“Ramai peminjam yang sudah terkena, hutang lapuk lepas enam tahun dah tak boleh tuntut tapi ia masih dituntut oleh pengutip hutang. Sedangkan, mereka tidak ada hak untuk serah apa-apa maklumat peminjam kepada pihak ketiga.

“Apabila maklumat itu dijual tanpa kebenaran, pengutip hutang datang menggesa dan mendesak peminjam ini. Ada yang diganggu di pejabat atau di rumah. Yang pengutip hutang itu dah macam ah long, samseng. Ada peminjam yang kemurungan, ada yang nak bunuh diri,” katanya semalam.



Sebelum ini, 4PM mendedahkan, data peribadi melibatkan berjuta-juta akaun peminjam yang berstatus hutang lapuk dengan empat bank di negara ini dipercayai sengaja dibocorkan kepada pihak ketiga.

Katanya, kebocoran data itu berlaku apabila bank-bank terbabit menjual akaun tersebut dengan harga lebih RM1,000 setiap satu kepada pihak ketiga.

Kata Rosland, walaupun Bank Negara Malaysia (BNM) telah dimaklumkan mengenai perkara itu, badan kuasa perbankan itu belum mengambil sebarang tindakan buat masa ini.

“BNM perlu mengeluarkan panduan, mereka tidak boleh lepas tangan dalam perkara ini, mereka perlu pastikan bank-bank tidak menjual hutang lapuk dan menghormati undang-undang negara.



“Jangan fikir soal nak kaut untung sahaja, akhirnya rakyat yang menderita dan menjadi mangsa. Pihak kerajaan perlu campur tangan dalam perkara ini,” katanya. Utusan

Bank langgar akta data peribadi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Anna Jobling trending ke luar negara

16 ciri terbaharu Apple yang anda perlu tahu



Rider ‘mat saleh’ persoal jalan raya Malaysia banyak lubang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker