Warganet sensasikan isu rogol, sumbang mahram di Kelantan – Amar
Warganet sensasikan isu rogol, sumbang mahram di Kelantan – Amar
Sikap suka mensensasikan kes rogol dan sumbang mahram khususnya membabitkan Kelantan menjadi punca negeri itu menjadi “sohor”, kata timbalan menteri besarnya, Mohd Amar Nik Abdullah.
Katanya, selain sikap warganet itu, laporan dibuat media juga dikatakan menambah kehangatan berhubung isu berkenaan.
“Kalau media tidak lapor, maka tiadalah isu ini. Kerajaan tidak nafi perkara ini, negeri lain mungkin kurang sebab tiada laporan.
“Saya lihat sikap netizen, bila isu Kelantan sahaja ia menjadi besar. Sedangkan masalah yang sama ada di tempat lain, seolah-olah di Kelantan mesti sempurna tiada salah dan silap. Itulah masalahnya,” katanya menurut laporan Sinar Harian.
Amar berkata, kerajaan negeri tidak pernah lari dalam isu tersebut malah sentiasa berusaha untuk mengatasinya.
Katanya, kerajaan negeri menjadikan “Membangun Bersama Islam” sebagai dasar utama dalam memberikan kefahaman berkait agama kepada masyarakat.
“Disebabkan dunia ketika ini terbuka semua bahan yang boleh mengundang kepada perbuatan tersebut mudah untuk dilayari.
“Bagi saya tidak wajar meletakkan kesalahan ini di bahu kerajaan semata-mata. Masing-masing ada tanggungjawab, sebagai orang Islam kita perlu hidup dengan ajaran agama yang sempurna,” katanya. FMT
Warganet sensasikan isu rogol, sumbang mahram di Kelantan – Amar
Saleh kecewa dengan sikap Annuar Musa dalam Konvensyen BN
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.