2,000 teksi motosikal jadi besi buruk selepas larangan penggunaan berkuatkuasa 1 Jun
2,000 teksi motosikal jadi besi buruk selepas larangan penggunaan berkuatkuasa 1 Jun
Lebih 2,000 teksi motosikal yang dirampas telah dimusnahkan di bandar terbesar Nigeria, Lagos, berikutan larangan ke atas kenderaan yang dikenali sebagai okadas, lapor Badan Penyiaran British (BBC), semalam.
Tindakan itu dibuat berikutan tragedi yang menyebabkan kematian seorang penumpang lelaki okadas yang mencetuskan kemarahan awam.
Sunday David, seorang jurutera bunyi berusia 38 tahun, terbunuh di kawasan kejiranan mewah Lekki selepas perselisihan faham mengenai tambang yang dikenakan pemandu okadas.
Larangan itu mendapat reaksi bercampur-campur daripada penduduk tempatan dengan ada yang mengatakan penunggang memandu secara berbahaya manakala yang lain mengatakan menunggang okadas menyediakan peluang kerja penting untuk golongan muda.
Seorang penduduk, Abraham merayu agar larangan yang dikenakan untuk diringankan dengan berkata menunggang okadas memberikan pendapatan penting bagi ramai orang.
“Terdapat kemiskinan di negara ini. Pengharaman total adalah tindakan tidak realistik.
“Inilah yang digunakan oleh sesetengah orang untuk menyara kehidupan,” ujarnya.
Larangan tersebut terpakai kepada enam kawasan kerajaan tempatan iaitu Eti-Osa, Ikeja, Surulere, Pulau Lagos, Tanah Besar Lagos dan Apapa yang berkuat kuasa pada 1 Jun.
Gabenor Lagos, Babajide Sanwo-Olu, yang mengumumkan larangan itu bulan lalu, berkata larangan itu akan mengekang ancaman okadas.
Penunggang okadas terkenal dengan kecenderungan memandu laju dan mengambil risiko ketika mengharungi kesesakan lalu lintas yang terkenal di bandar itu.
“Nyawa semakin hilang setiap hari, kemalangan yang boleh dielakkan berlaku setiap hari dan penunggang tidak menghormati mana-mana undang-undang jalan raya kita,” katanya. K Online
2,000 teksi motosikal jadi besi buruk selepas larangan penggunaan berkuatkuasa 1 Jun
Baca Artikel Menarik:
- Chong Wei Nafi Kaut RM329 juta
- Tiada Tarikh Tamat MoU Kerajaan Dan PH – Annuar Musa
- Dr. Akmal Saleh kecewa dengan sikap Annuar Musa dalam Konvensyen BN
- Pondok dari luar dilihat ‘papa’, di dalam mewah tular sehingga luar negara
- PRU-15: Najib harap ‘top 4 UMNO’ bantu PM buat keputusan tepat
- Zuraida sepatutnya berbincang dengan saya dulu – Ismail Sabri
- Akmal Saleh : Orang muda tidak lagi sukar mendapat tempat
- Yusuf Azmi ajak Azwan Ali berjumpa kasi ‘settle’ [VIDEO]
- Setuju khemah besar tanpa Anwar, Muhyiddin – Mahathir
- Adakah Rafizi Menang Kerana Pengundi Hantu?
- 15 tempat untuk tuntut khairat kematian yang wajib anda tahu [Kemaskini 2022]
- Adi Putra punya kekayaan bernilai lebih RM21j?
- Khasiat daun senna yang ramai tidak tahu
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]