Saravanan beri amaran kepada majikan Malaysia, sifar kos atau kuota batal

Saravanan beri amaran kepada majikan Malaysia, sifar kos atau kuota batal

Majikan yang mengutip sebarang bayaran daripada pekerja Bangladesh yang tiba di negara ini akan dibatalkan kuota mereka, kata Menteri Sumber Manusia M Saravanan.

Bercakap kepada pemberita Bangladesh selepas mesyuarat jawatankuasa kerja bersama berkaitan prosedur perekrutan di Dhaka hari ini, beliau berkata Malaysia akan mematuhi perjanjian kos sifar dipersetujui.



“Pekerja Bangladesh akan tiba di Malaysia tanpa perlu membayar apa-apa. Semua kos termasuk tambang penerbangan, levi dan yuran perubatan ditanggung majikan.

“Kami akan membatalkan kuota majikan yang mengutip wang selepas mereka tiba di Malaysia,” katanya, dengan menambah kira-kira 200,000 pekerja Bangladesh dijangka dibawa masuk.

Katanya, Menteri Kebajikan Ekspatriat Bangladesh dan Pekerjaan Luar Negara Imran Ahmad menyuarakan kebimbangan terhadap layanan pekerja warga Bangladesh, dan memberi jaminan kepada kerajaan negara itu mengenai kebajikan mereka.

Disoal mengenai permintaan kontroversi Malaysia untuk melantik hanya 25 daripada kira-kira 1,300 agensi perekrutan di Bangladesh, beliau berkata perkara itu terpulang kepada Malaysia dan akan diputuskan oleh Kabinet.



Terdahulu hari ini, wakil kumpulan anti-sindiket yang mahu Malaysia membenarkan semua agensi merekrut pekerja, mengadakan protes berhubung isu itu.

Sementara itu, Saravanan turut memberi jaminan bahawa kebajikan dan pengambilan tenaga kerja dari negara itu akan mematuhi standard antarabangsa.

“Kami telah memberikan jaminan dan memaklumkan langkah yang akan diambil.

“Kami juga memaklumkan bagaimana pekerja Bangladesh akan dijaga, termasuk dari segi penginapan, penggajian dan keperluan sosial. Semua ini akan dimasukkan dalam rekod mesyuarat jawatankuasa bersama,” katanya.



Beliau berkata, Malaysia masih sangat memerlukan pekerja asing, manakala Bangladesh mempunyai lebihan bilangan pekerja untuk dihantar. FMT

Saravanan beri amaran kepada majikan Malaysia, sifar kos atau kuota batal


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi

Najib bidas Kit Siang, balun Mahathir, cakap tidak serupa bikin



Pejuang umum akan ‘perangi’ semua kerusi Bersatu dalam PRU-15

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker