Beri kepercayaan kepada PM tentukan tarikh PRU15
Beri kepercayaan kepada PM tentukan tarikh PRU15
Semua pihak perlu memberikan kepercayaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, Perdana Menteri juga telah memberi jaminan tidak akan melengahkan pembubaran Parlimen apabila Barisan Nasional (BN) sudah bersedia.
“Saya setuju, biarlah tarikh PRU jadi rahsia, tertakluk kepada perkenan Yang di-Pertuan Agong. Biarlah ia menjadi rahsia di kalangan ‘top 5’ dalam UMNO dan bersama pimpinan tertinggi BN.
“Biarlah rahsia tarikh itu menjadi aset kepada BN dan bukannya dihebahkan kepada umum sehingga parti lawan juga mengetahui segala-galanya. Sudah lumrah sistem kita bahawa kerajaan memimpin dan khususnya ketua kerajaan ada kelebihan unsur kejutan tersebut.
“Pada masa sama, beliau (Ismail Sabri) telah mengesyorkan tidak akan melengahkan pembubaran Parlimen walau sesaat setelah BN selesai bersiapsiaga. Sudah tentu perbincangan dan definisi tahap kesiapsiagaan itu akan ditentukan bersama dengan presiden parti dan kepimpinan tertinggi,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya pada Khamis.
Menurutnya, persediaan juga telah diatur untuk memastikan isu kesiapsiagaan tidak menjadi masalah kepada parti dalam menghadapi PRU15.
“Sebab itu Kursus Ejen Mengundi, Ejen Pengira dan Ejen Barong (PACABA) sudah mula berjalan. Hujung minggu ini seluruh Ketua-Ketua Penerangan Bahagian akan bermukim sebagai persediaan untuk menghadapi PRU. Itu antara perkara yang boleh dihebahkan. Banyak lagi langkah kesiapsagaan belakang tabir yang telah dan sedang dibuat.
“Kunci kesiapsagaan itu ada pada kita untuk diusahakan dan bukannya kunci itu disorok supaya sampai bila-bila pun soal kesediaan dijadikan alasan menangguh PRU.
“Kebangkitan BN juga bukan ‘fakta tepi jalan’ seperti didakwa. BN menang 3/4 di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, menang 2/3 di PRN Johor. Benar, kita tidak boleh terlalu selesa tetapi jangan pula langsung tak yakin. Kerana fakta menggambarkan kemampuan untuk menang di PRU itu memang wujud,” katanya. Sinar
Beri kepercayaan kepada PM tentukan tarikh PRU15
Baca Artikel Menarik:
- Najib bidas Muhyiddin, cubaan berkomplot mahu jatuhkan Ismail Sabri
- Kehilangan Anita Sarawak Sejak 2011 Terjawab, Penulis Lirik Slen Fadzil Terima Panggilan Dari Anita
- Pemandu BMW samseng punca kemalangan diburu polis [VIDEO]
- Rafizi menang tanda Anwar ditolak akar umbi PKR
- Jika Khir Toyo Mampu Rampas Semula Parlimen Sungai Besar, Kenapa perlu Bagi Zafrul Jadi Calon
- Asal Dapat Jadi PM, Malu apa, Abah kau?
- Tangan gatal sentuh singa, jari akhirnya jadi mangsa [VIDEO]
- Kafe di Thailand jual minuman dalam beg plastik lucah
- Khasiat daun senna yang ramai tidak tahu
- Wanita Nekad Serang Perempuan Simpanan Suami Di Jalan Raya [VIDEO]
- Tiga Pengantin Adik Beradik Bersanding ‘Bawa Perut’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi
Najib bidas Kit Siang, balun Mahathir, cakap tidak serupa bikin
Pejuang umum akan ‘perangi’ semua kerusi Bersatu dalam PRU-15
You must be logged in to post a comment.