Wan Saiful ganti Zuraida?

Wan Saiful ganti Zuraida?

Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan adalah antara empat individu yang merupakan calon parti itu untuk mengambil jawatan menteri perusahaan perladangan dan komoditi selepas penyandang, Zuraida Kamaruddin mengumumkan keluar parti baru-baru ini, kata sumber.

Wan Saiful ketika ini adalah pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tetapi kontraknya akan tamat pada akhir bulan ini.



“Jika Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mahu melantik Wan Saiful sebagai menteri, beliau perlu melantiknya sebagai senator atau ahli Dewan Negara sebelum boleh dilantik dalam Jemaah Menteri,” katanya kepada FMT.

Sumber memberitahu bahawa masih ada satu kuota ahli Dewan Negara untuk Bersatu yang belum diisi, jadi pelantikan Wan Saiful “tidak mustahil boleh berlaku”.

Menurutnya, tiga nama lain adalah bekas menteri pembangunan usahawan dan koperasi Mohd Redzuan Md Yusof; bekas timbalan menteri sama Mas Ermieyati Samsudin; dan Pengerusi Bersatu Terengganu Razali Idris.

Redzuan pernah berkhidmat sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) dalam pentadbiran Muhyiddin Yassin, manakala Mas Ermieyati ketika ini menggalas peranan sebagai Timbalan Menteri di JPM (Parlimen dan Undang-undang).



Razali pernah menjadi pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu dan kontraknya tamat pada Mei.

Zuraida minggu lepas mengumumkan menyertai parti baharu PBM, yang turut disertai beberapa bekas ahli PKR yang pernah dikaitkan dengannya.

Menyusuli pengumuman itu, Bersatu mengisytiharkan keahliannya tergugur serta-merta dan menuntut jawatan Jemaah Menteri yang dipegang Zuraida diberikan kepada calon parti itu.

Bagaimanapun, Ismail semalam berkata, Zuraida hanya keluar Bersatu, bukannya berundur sebagai menteri. Katanya, kedudukan Zuraida dalam Jemaah Menteri perlu dibincangkan antara mereka berdua terlebih dahulu. FMT



Wan Saiful ganti Zuraida?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi



Najib bidas Kit Siang, balun Mahathir, cakap tidak serupa bikin

Pejuang umum akan ‘perangi’ semua kerusi Bersatu dalam PRU-15



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker