Lelaki fetisy ceroboh tandas wanita dipenjara, denda
Lelaki fetisy ceroboh tandas wanita dipenjara, denda
Seorang jurutera perisian dijatuhi hukuman penjara tujuh hari dan denda RM2,800 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini kerana menceroboh masuk tandas wanita dan memiliki video lucah.
Tertuduh, Lai Wah Onn, 26, yang mengakui mempunyai masalah fetisy atau keghairahan nafsu terhadap sesuatu dijatuhkan hukuman penjara tujuh hari dan denda RM2,000 bagi pertuduhan menceroboh, manakala kesalahan menyimpan bahan lucah dikenakan tempoh penjara sama yang akan berjalan serentak dan denda sebanyak RM800.
Majistret Nadia Othman membuat keputusan itu selepas Lai mengaku bersalah atas pertuduhan terbabit.
Nadia berkata, mahkamah memandang serius kesalahan itu dan memberi amaran kepada tertuduh supaya tidak mengulangi perbuatan berkenaan.
“Mahkamah sudah mengambil kira ia adalah kesalahan pertama tertuduh yang turut memaklumkan akan mendapatkan rawatan psikiatri.
“Hukuman penjara itu berjalan serentak dan sekiranya tertuduh gagal membayar jumlah denda itu boleh menyebabkan dipenjara selama tiga bulan lagi,” katanya menurut laporan Harian Metro.
Mengikut kertas pertuduhan pertama, tertuduh dengan sengaja menceroboh tandas wanita di tingkat 10 Wisma Genting, Jalan Sultan Ismail, pada 6.15 petang kelmarin.
Dengan itu, Lai melakukan kesalahan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut seksyen sama yang memperuntukkan penjara maksimum enam bulan dan denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya sekali.
Bagi pertuduhan kedua pula, lelaki itu didapati mempunyai simpanan video lucah dalam telefon di tempat dan waktu sama.
Lai boleh dihukum mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Terdahulu, Lai yang tidak diwakili peguam mengakui masuk ke tandas wanita kerana mempunyai fetisy.
“Saya masuk sebab nak rakam kasut dan muka dari sudut atas. Saya ada masalah fetisy dan akan berjumpa dengan psikiatri berkaitan masalah itu.
“Saya mohon maaf atas kesalahan dan merayu hanya didenda kerana ia adalah kesalahan kali pertama,” katanya.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nur Hafiezah Mohamed Fauzi memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh sebagai pengajaran. FMT
Lelaki fetisy ceroboh tandas wanita dipenjara, denda
Baca Artikel Menarik:
- Najib bidas Muhyiddin, cubaan berkomplot mahu jatuhkan Ismail Sabri
- Kehilangan Anita Sarawak Sejak 2011 Terjawab, Penulis Lirik Slen Fadzil Terima Panggilan Dari Anita
- Pemandu BMW samseng punca kemalangan diburu polis [VIDEO]
- Rafizi menang tanda Anwar ditolak akar umbi PKR
- Jika Khir Toyo Mampu Rampas Semula Parlimen Sungai Besar, Kenapa perlu Bagi Zafrul Jadi Calon
- Asal Dapat Jadi PM, Malu apa, Abah kau?
- Tangan gatal sentuh singa, jari akhirnya jadi mangsa [VIDEO]
- Kafe di Thailand jual minuman dalam beg plastik lucah
- Khasiat daun senna yang ramai tidak tahu
- Wanita Nekad Serang Perempuan Simpanan Suami Di Jalan Raya [VIDEO]
- Tiga Pengantin Adik Beradik Bersanding ‘Bawa Perut’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi
Najib bidas Kit Siang, balun Mahathir, cakap tidak serupa bikin
Pejuang umum akan ‘perangi’ semua kerusi Bersatu dalam PRU-15
You must be logged in to post a comment.