UMNO tekad rampas kembali Parlimen Tambun
IPOH – UMNO Bahagian Tambun melahirkan kesediaan untuk merampas kembali kerusi Parlimen serta dua Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ketua Bahagiannya, Datuk Aminuddin Md Hanafiah berkata, keinginan beberapa pihak yang menawarkan diri bertanding di kawasan itu tidak menggugat keyakinan mereka untuk terus berkhidmat kepada masyarakat.
“Selain Dr Abdul Aziz Bari (Ketua Pembangkang Perak) dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang berusaha mengekalkan kerusi dimenanginya, kita mengakui ada pihak lain yang berminat seperti Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan mungkin Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra).
“Dari segi politiknya ia suatu yang sihat dalam pertandingan namun, kita terima hakikat dalam proses demokrasi sesiapa sahaja boleh bertanding. Cuma kita akan menyerah balik kepada rakyat.
“Pola pengundi juga nampak agak berbeza berbanding PRU14 lalu jadi, kita ada peluang yang adil untuk sama-sama bersaing bagi merebut kerusi yang ada di Tambun,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilftri UMNO Bahagian Tambun di Dewan Orang Ramai Taman Meru di sini pada Selasa.
Menurutnya, UMNO telah mengenalpasti bakal calon yang berpotensi untuk diketengahkan nanti.
“UMNO mempunyai beberapa individu yang sentiasa bergerak dan daripada situ kita akan membuat pilihan. Barisan Nasional (BN) mempunyai tatacara pemilihan calon agak ketat.
“Dalam Perlembagaan UMNO, cadangan nama-nama calon bagi kerusi PRU perlu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Bahagian. Bagaimanapun, saya berpendapat tidak ada isu calon luar atau calon payung terjun dalam Tambun,” katanya.
Aminuddin turut mengakui mendampingi lebih 150,000 pengundi di DUN Manjoi dan Hulu Kinta merupakan suatu cabaran namun, parti itu masih berkhidmat menerusi dua ahli majlis Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan 17 Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) yang sedia ada.
“Saya berharap rakyat dapat menilai bahawa proses pilihan raya adalah proses memilih kerajaan yang dirasakan mampu memberi kestabilan dan kesejahteraan rakyat.
“Melihat cabaran yang kita hadapi dengan kenaikan kos sara hidup dan isu sekuriti makanan jelas menunjukkan negara memerlukan kerajaan stabil yang mampu mengemudi masalah-masalah yang dihadapi,” katanya.
Media melaporkan Ketua Pembangkang Perak, Dr Abdul Aziz Bari menzahirkan hasrat untuk bertanding di Parlimen Tambun menentang bekas menteri besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Kerusi panas berkenaan mempunyai pengundi paling ramai di Perak. DUN Manjoi di bawah parlimen itu yang kini diterajui oleh Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Perak, Datuk Asmuni Awi dan DUN Hulu Kinta pula dipegang Muhamad Arafat Varisai Mahamad dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Najib bidas Muhyiddin, cubaan berkomplot mahu jatuhkan Ismail Sabri
- Kehilangan Anita Sarawak Sejak 2011 Terjawab, Penulis Lirik Slen Fadzil Terima Panggilan Dari Anita
- Pemandu BMW samseng punca kemalangan diburu polis [VIDEO]
- Rafizi menang tanda Anwar ditolak akar umbi PKR
- Jika Khir Toyo Mampu Rampas Semula Parlimen Sungai Besar, Kenapa perlu Bagi Zafrul Jadi Calon
- Asal Dapat Jadi PM, Malu apa, Abah kau?
- Tangan gatal sentuh singa, jari akhirnya jadi mangsa [VIDEO]
- Kafe di Thailand jual minuman dalam beg plastik lucah
- Khasiat daun senna yang ramai tidak tahu
- Wanita Nekad Serang Perempuan Simpanan Suami Di Jalan Raya [VIDEO]
- Tiga Pengantin Adik Beradik Bersanding ‘Bawa Perut’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi
Najib bidas Kit Siang, balun Mahathir, cakap tidak serupa bikin
Pejuang umum akan ‘perangi’ semua kerusi Bersatu dalam PRU-15