Strategi “Luar Kotak” Rafizi Sama Dengan Strategi Tipu Rakyat
Oleh Nurul Aisyah
ADAKAH Rafizi Ramli fikir rakyat Malaysia sudah lupa pada semua penipuan yang beliau lontarkan beberapa tahun yang dulu? Sebenarnya kewujudan Rafizi dalam parti PKR hanya mengundang bala untuk parti tersebut.
Rakyat masih ingat dengan jelas bagaimana Raja Formula Songsang ini telah menipu rakyat “hidup-hidup”. Beliau merupakan “tulang belakang” yang memperbodohkan pengundi dengan formula dan janji palsu.
Dari segi strategi politik luar kotaknya atau lebih tepat strategi menipu rakyat, Rafizi mendabik dada kononya memiliki “big data” sedangkan sebenarnya Rafizi hanya bersandar pada sifat ‘licik, jahat dan penuh helah’ beliau untuk membuat “comeback” selepas berehat selama dua tahun.
Kini Pakatan Harapan(PH) amnya dan PKR khususnya bergantung pada kemahiran Rafizi mengunakan “big data” palsu, sifat ‘licik, jahat dan penuh helah Raja Formula songsang ini untuk menang dalam PRU-15.
Langkah Sheraton 24 Februari 2020 meruntuhkan kerajaan PH telah menyebabkan 11 ahli parlimen PKR keluar parti itu diketuai timbalan presidennya telah menyebabkan PKR seakan hilang punca.
PKR turut mengalami kekalahan teruk dalam empat pilihan raya negeri bermula Sabah tujuh bulan kemudian dan terakhir 12 Mac tahun ini di Johor.
Kebergantungan PKR terhadap Rafizi yang hanya pandai menipu itu sesuatu yang amat memalukan. Mereka dilihat sebagai parti penipu dengan terpilihnya Rafizi semula dalam parti tersebut sebagai Timbalan Presiden PKR.
You must be logged in to post a comment.