Kartel mamak : Presma tuntut syarikat akhbar mohon maaf, tarik laporan
Kartel mamak : Presma tuntut syarikat akhbar mohon maaf, tarik laporan
Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) menghantar surat tuntutan (LOD) kepada sebuah syarikat akhbar supaya membuat permohonan maaf dan menarik balik laporan yang mendakwa wujudnya perniagaan “kartel restoran mamak”.
Presidennya Jawahar Ali Taib Khan berkata, surat tuntutan itu dihantar kepada syarikat berkenaan pada 27 Mei lalu.
Beliau memberi tempoh hingga 6 Jun ini untuk syarikat berkenaan memenuhi tuntutan itu, jika tidak Presma akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap syarikat berkenaan.
“Mengambil kira pandangan banyak pihak serta nasihat peguam, Presma akan mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar terbabit.
“Berpuluh-puluh laporan polis sudah dibuat di seluruh negara meminta siasatan segera diambil ke atas penerbitan berkenaan kerana memberikan maklumat salah serta menjejaskan imej pihak lain khususnya industri restoran mamak,” katanya dalam sidang media.
Artikel disiarkan pada 24 Mei lalu antara lain menyentuh keputusan kerajaan memansuhkan permit import (AP) serta corak perniagaan berbentuk kartel yang didakwa diamalkan oleh segelintir pemilik restoran mamak di negara ini.
Dalam pada itu, Jawahar turut menafikan dakwaan artikel berkenaan dan menyifatkannya sebagai tidak berasas.
Katanya, kedai mamak juga berusaha keras untuk menjalankan perniagaan mereka masa ini.
“Sama ada baharu berniaga atau menambah rangkaian perniagaan dengan inisiatif dan kesungguhan sendiri, bukannya ditentukan kartel seperti digambarkan,” katanya.
Beliau berkata, artikel itu memberi kesan negatif dan implikasi buruk masyarakat terhadap kedai mamak.
“Presma mengingatkan kepada rakan media supaya mengamalkan kewartawanan bertanggungjawab agar lebih berhati-hati dengan sebarang penulisan serta komentar supaya tidak tersalah fakta sehingga boleh membawa kepada implikasi perundangan,” katanya. FMT
Kartel mamak : Presma tuntut syarikat akhbar mohon maaf, tarik laporan
Baca Artikel Menarik:
- Najib bidas Muhyiddin, cubaan berkomplot mahu jatuhkan Ismail Sabri
- Kehilangan Anita Sarawak Sejak 2011 Terjawab, Penulis Lirik Slen Fadzil Terima Panggilan Dari Anita
- Pemandu BMW samseng punca kemalangan diburu polis [VIDEO]
- Rafizi menang tanda Anwar ditolak akar umbi PKR
- Jika Khir Toyo Mampu Rampas Semula Parlimen Sungai Besar, Kenapa perlu Bagi Zafrul Jadi Calon
- Asal Dapat Jadi PM, Malu apa, Abah kau?
- Tangan gatal sentuh singa, jari akhirnya jadi mangsa [VIDEO]
- Kafe di Thailand jual minuman dalam beg plastik lucah
- Khasiat daun senna yang ramai tidak tahu
- Wanita Nekad Serang Perempuan Simpanan Suami Di Jalan Raya [VIDEO]
- Tiga Pengantin Adik Beradik Bersanding ‘Bawa Perut’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi
Najib bidas Kit Siang, balun Mahathir, cakap tidak serupa bikin
Pejuang umum akan ‘perangi’ semua kerusi Bersatu dalam PRU-15