Kanak-kanak tiga tahun hilang ditemukan lemas

Bapa mangsa, Muhammad Sukri Ali, 50, menenangkan isterinya Rita Inderawati Daud,44, ketika melihat mayat anak mereka yang lemas di Sungai Bukit Rangin di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Mayat kanak-kanak perempuan, Siti Nur Athhiyya Sofea Muhammad Sukri, 3, yang dilaporkan hilang selepas disyaki terjatuh dari rumah rakit di Sungai Bukit Rangin, di sini ditemui kira-kira pukul 11.35 pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, mayat mangsa ditemui oleh pasukan penyelamat yang melakukan pencarian menggunakan bot.

“Operasi mencari dan menyelamat mangsa diteruskan hari ini dengan memperluaskan skop pencarian sehingga tiga kilometer dari lokasi mangsa terjatuh.

“Mayat mangsa ditemukan terapung kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi dia terjatuh dalam keadaan masih lengkap berbaju,”katanya di sini, hari ini.



Hari ini Kosmo! melaporkan kegembiraan sebuah keluarga meraikan majlis jamuan raya Aidilfitri di rumah rakit bertukar tragedi apabila anak mereka berusia tiga tahun hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai di Bukit Rangin di sini dua hari lalu.

Kehilangan mangsa, Siti Nur Atthiya Sofea Muhammad Sukri,3, disedari keluarganya pada pukul 11.15 malam.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahkamah dimaklumkan Adun Gombak Setia minta izin bila mahu ‘main’



Jawatan MP Ampang Zuraida Sebagai MPT Bersatu Tergugur Serta-Merta – Hamzah

Pertahan PN kekal bersama MN: Kenyataan Hadi buat semua pening



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker