Gengster remaja menangis, sujud di kaki bapa selepas dibebaskan polis
JAKARTA – Sekumpulan remaja di Jawa Barat yang menggelarkan diri mereka All Brothers Bogor sujud memohon maaf kepada orang tua masing-masing sebelum dilepaskan pulang oleh polis, lapor laman berita Detik News semalam.
Kumpulan samseng itu ditahan polis ketika berkonvoi di kawasan Ciampea, Kabupaten Bogor dengan membawa senjata tajam iaitu sabit.
Ketua Polis Bogor, Asisten Komisioner Besar Iman Imanuddin berkata, geng All Brothers itu ditangkap polis yang melakukan rondaan di Simpang Cinangneng sebelum ditahan dan disoal siasat.
“Kebetulan ketika pihak kami membuat pemeriksaan ke atas mereka, ada seorang yang membawa senjata tajam dengan sabit kecil, jadi semua anggota ditahan,” kata Iman.
Sebelum dibebaskan, remaja terbabit diminta berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan mereka dan memohon maaf kepada ibu bapa masing-masing.
Salah seorang remaja yang dianggap ketua All Brothers itu tidak dapat menahan sebak semasa bersujud meminta maaf sambil memegang kaki ayahnya.
“Hampura (maaf),” kata remaja itu.
Permintaan maaf si anak disambut oleh si ayah. Dia mengusap belakang kanak-kanak itu sambil memberitahu agar tidak mengulangi perbuatannya itu.
“Geus, teu deui-deui (sudah, jangan diulangi lagi),” katanya.
Menurut Iman, mereka menubuhkan kumpulan All Brothers sejak setahun lalu dan sering berkeliaran di kawasan setempat bagi mencari musuh daripada kumpulan lain untuk bergaduh.
“Motifnya adalah untuk menunjukkan siapa paling berkuasa di kampung itu,” ujar Iman.
Iman kemudian meminta gengster ‘All Brothers’ itu dibubarkan dengan serta merta.
Kumpulan remaja bawah umur itu diserahkan semula kepada ibu bapa mereka selepas diberi bimbingan polis. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Hamzah Dedah Perangai Zuraida Tidak Aktif Dalam Parti, Kerap Ponteng Mesyuarat
- Masa PKPB Adun PN Melayu Boleh Nyanyi Minum Arak di KTV Hotel tapi…
- Lompat Parti Diibarat Permainkan Undi Rakyat – Zahid
- Tangan gatal sentuh singa, jari akhirnya jadi mangsa [VIDEO]
- Kafe di Thailand jual minuman dalam beg plastik lucah
- Khasiat daun senna yang ramai tidak tahu
- Wanita naik pentas halang suami menari dengan penyanyi dangdut [VIDEO]
- Pemilihan UMNO bakal dijalankan jika ROS tolak pindaan
- Wanita Nekad Serang Perempuan Simpanan Suami Di Jalan Raya [VIDEO]
- Tiga Pengantin Adik Beradik Bersanding ‘Bawa Perut’
- 2 pasangan kekasih dicekup berkhalwat di hotel bajet
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mahkamah dimaklumkan Adun Gombak Setia minta izin bila mahu ‘main’
Jawatan MP Ampang Zuraida Sebagai MPT Bersatu Tergugur Serta-Merta – Hamzah
Pertahan PN kekal bersama MN: Kenyataan Hadi buat semua pening