Purata 500 Gempa Bumi Skala Kecil Dan Besar Berlaku Di Indonesia Dalam Sebulan – Jokowi
Purata 500 Gempa Bumi Skala Kecil Dan Besar Berlaku Di Indonesia Dalam Sebulan – Jokowi
JAKARTA – Presiden Joko Widodo (Jokowi) menegaskan bahawa Indonesia adalah negara yang sering dilanda bencana alam seperti banjir, letusan gunung berapi dan gempa bumi, lapor laman berita Merdeka.com kelmarin.
“Secara purata, 500 gempa bumi berskala kecil dan besar berlaku dalam tempoh sebulan,” katanya semasa perasmian The 7th Global Platform for Disaster Risk Reduction (GPDRR) 2022 di Pusat Konvensyen Nusa Dua Bali (BNDCC) di Bali kelmarin.
Jelas beliau, Indonesia kali terakhir digegarkan gempa bumi yang disertai tsunami pada 2018. Kawasan yang terjejas ketika itu adalah Palu dengan 2,113 kematian direkodkan.
Indonesia juga mempunyai 139 gunung berapi aktif yang mengancam kehidupan rakyatnya.
“Sepanjang 2015 hingga 2021, sebanyak 121 letusan gunung berapi direkodkan di Indonesia termasuk ancaman kebakaran hutan dan tanah,” tambah Jokowi.
Jokowi berkata, pemerintah telah melakukan pelbagai usaha untuk menyekat kebakaran hutan dan tanah. Pada tahun 2021, Indonesia berjaya memulihkan 3.4 juta hektar tanah gambut.
“Indonesia juga berjaya mengurangkan kebakaran hutan daripada 2.6 juta hektar kepada hanya 358,000 hektar pada 2021,” katanya. – Agensi
Purata 500 Gempa Bumi Skala Kecil Dan Besar Berlaku Di Indonesia Dalam Sebulan – Jokowi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Hamzah Dedah Perangai Zuraida Tidak Aktif Dalam Parti, Kerap Ponteng Mesyuarat
- Masa PKPB Adun PN Melayu Boleh Nyanyi Minum Arak di KTV Hotel tapi…
- Lompat Parti Diibarat Permainkan Undi Rakyat – Zahid
- Tangan gatal sentuh singa, jari akhirnya jadi mangsa [VIDEO]
- Kafe di Thailand jual minuman dalam beg plastik lucah
- Khasiat daun senna yang ramai tidak tahu
- Wanita naik pentas halang suami menari dengan penyanyi dangdut [VIDEO]
- Pemilihan UMNO bakal dijalankan jika ROS tolak pindaan
- Wanita Nekad Serang Perempuan Simpanan Suami Di Jalan Raya [VIDEO]
- Tiga Pengantin Adik Beradik Bersanding ‘Bawa Perut’
- 2 pasangan kekasih dicekup berkhalwat di hotel bajet
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mahkamah dimaklumkan Adun Gombak Setia minta izin bila mahu ‘main’
Jawatan MP Ampang Zuraida Sebagai MPT Bersatu Tergugur Serta-Merta – Hamzah
You must be logged in to post a comment.