Bukan MN, Tetapi Individu Tolak MN Sedang Nyawa-Nyawa Ikan – Sanusi

Bukan MN, Tetapi Individu Tolak MN Sedang Nyawa-Nyawa Ikan – Sanusi

Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyifatkan kerjasama Muafakat Nasional (MN) tidak berada dalam keadaan nyawa-nyawa ikan sebaliknya individu yang menolak kerjasama berkenaan berada pada tahap terbabit.

Menurutnya, pimpinan dan akar umbi Pas sentiasa berpegang teguh kepada keputusan yang dibuat kepimpinan tertinggi parti serta Majlis Syura Ulama’ untuk memperkasakan MN dan memperkukuhkan Perikatan Nasional (PN).



“Dia yang (keluarkan kenyataan itu sedang) nyawa-nyawa ikan kot, bukan MN, orang lain nak sahaja MN, saya ingat dua, tiga orang sahaja yang tak mahu MN ini, mereka itu sedang nyawa-nyawa ikan.

“MN ini penting, saya ingat semua orang mahukan (MN), semua mahu penyatuan ummah, yang tidak mahu itu nyawa-nyawa ikan.

“(Di dalam) parti saya (Pas) semua okey, (yang tidak senang duduk adalah individu tertentu di dalam (parti) UMNO,” ujar beliau yang juga Menteri Besar Kedah.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri program Santai Anak Utara di Taman Jubli Emas, Alor Setar pada Sabtu.

Terdahulu, UMNO menyifatkan kerjasama dengan Pas menerusi Muafakat Nasional (MN) ibarat ‘nyawa-nyawa ikan’.



Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, masa depan MN biar dibincangkan di peringkat jawatankuasa kedua-dua parti.

Hasil perbincangan itu nanti mungkin dibawa kepada kedua-dua parti untuk diputuskan.-AA

Bukan MN, Tetapi Individu Tolak MN Sedang Nyawa-Nyawa Ikan – Sanusi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi



Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker