Sultan Kedah perkenan pelantikan semula 10 Exco

SURAYA Yaacob mengangkat sumpah bagi pelantikan Exco Kedah di Istana Anak Bukit, Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR: Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah hari ini berkenan melantik semula kesemua 10 barisan Exco Kedah bagi tempoh dua tahun lagi.

Majlis mengangkat sumpah bagi pelantikan Exco Kedah itu berlangsung di hadapan baginda di Dewan Penghadapan, Istana Anak Bukit, di sini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim berkata, Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor turut hadir ke majlis berkenaan yang bermula pukul 10.30 pagi.

“Selain dikekalkan jawatan sebagai Exco Kedah, kesemua mereka juga dipertanggungjawabkan dengan portfolio yang sama dipegang sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Kata beliau, Muhammad Sanusi kekal memegang portfolio Perancang Ekonomi Negeri, Perancang Negeri, Hal Ehwal Tanah, Hasil Bumi dan Sumber Asli, Kewangan, Majlis Ekonomi Kedah dan Syarikat berkaitan Kerajaan Negeri.

Menurutnya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Chempedak, Datuk Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismail kekal sebagai Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains Teknologi dan Inovasi.

Tambahnya, selain itu, ADUN Tokai, Datuk Dr Mohd. Hayati Othman dilantik semula sebagai Exco Kesihatan dan Kerajaan Tempatan dan ADUN Lunas, Azman Nasrudin memegang portfolio Pertanian dan Industri Makanan, Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Pengangkutan dan Hal Ehwal Masyarakat India.

“Portfolio Exco Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air, Tenaga kekal disandang ADUN Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaacob, manakala ADUN Merbau Pulas, Datuk Siti Ashah Ghazali masih menyandang Exco Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan, Pembangunan Insan.

“ADUN Bukit Kayu Hitam, Datuk Halimaton Shaadiah Saad kekal sebagai Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kebajikan dan ADUN Bukit Pinang, Wan Romani Wan Salim memegang portfolio Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna,” jelasnya.

Katanya, portfolio Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia ia kekal disandang ADUN Kupang, Datuk Najmi Ahmad, manakala ADUN Kuah, Mohd. Firdaus Ahmad masih mengalas tanggungjawab sebagai Exco Belia dan Sukan, Pelancongan, Seni dan Budaya, Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

“Selain itu, ADUN Sidam, Dr. Robert Ling Kui Ee turut dilantik semula sebagai Exco Perumahan, Alam Sekitar, Perpaduan, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam,” ujarnya.- UTUSAN 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Gambar MK K-Clique berkahwin cetus huru-hara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker