PM umum bantuan, berita gembira buat pesawah

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan bantuan kepada pesawah sebanyak RM200 yang disalurkan selama tiga bulan melibatkan dua kali musim.

Beliau berkata, ini bermakna para pesawah bakal menerima bantuan sebanyak enam kali sementara menunggu hasil tuaian.

Katanya, perkara itu akan dimasukkan kerajaan dalam Belanjawan 2023 yang diumumkan pada bulan Oktober ini.

“Jika penoreh dapat bantuan musim tengkujuh pada bulan 11, 12 dan bulan satu. Begitu juga dengan nelayan dapat elaun.

“Saya terkejut jika pesawah tak dapat bantuan. Saya dah berbincang dengan Menteri Kewangan dan kita bersetuju untuk memberikan bantuan sementara padi dituai iaitu sebanyak RM200 untuk tiga bulan bagi dua musim. Jadi semua enam bulanlah bagi satu tahun.

ISMAIL Sabri Yaakob (tengah) melakukan gimik pengumuman Kadar Dividen Skim Pelaburan Khas Peladang pada Majlis Makan Malam dan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) ke-48 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO

“Kita akan masukkan dalam Bajet 2023 yang diumumkan pada bulan 10 nanti,” katanya ketika berucap dalam Majlis Makan Malam dan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) Ke-46 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Menurut Ismail Sabri, pengumuman itu menunjukkan kerajaan hari ini adalah ‘Kerajaan Rakyat’ yang sentiasa menitikberat nasib para petani dan peternak serta pesawah.

“Tanpa nelayan, petani dan peternak kehidupan kita akan sukar. Itu amat besarnya pengorbanan mereka, oleh itu kita sentiasa menghargai usaha mereka,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri menyaksikan pengumuman agihan kadar dividen lapan peratus bagi Skim Pelaburan Khas Peladang (SPKP), Dana Peladang Kebangsaan (DPK) bagi tahun kewangan berakhir 2021. – UTUSAN

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Gambar MK K-Clique berkahwin cetus huru-hara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker