Renang pecah rekod kebangsaan di Hanoi
HANOI – Kuartet renang negara membuktikan mereka hadir pada temasya Sukan SEA Vietnam bukan sekadar melengkapkan saingan selepas berjaya meraih pingat perak di Stadium Akuatik My Dinh di sini sebentar tadi.
Lebih mengejutkan, kuartet renang negara melakar sensasi apabila menewaskan Singapura dan memecahkan rekod kebangsaan untuk memastikan tempat kedua menjadi milik mereka.
Welson Sim, Lim Yin Chuen, Arvin Shaun Singh dan Khiew Hoe Yean menamatkan acara 4×200 meter gaya bebas berganti-ganti lelaki di tempat kedua dengan rekod kebangsaan baharu, tujuh minit dan 19.750 saat (s).
Rekod kebangsaan sebelum ini adalah 7:26.74s yang dicatat oleh Welson, Lim Ching Hwang, Kevin Yeap dan Vernon Lee pada temasya Sukan Komanwel 2014 di Glasgow.
Juara bertahan, Singapura yang membariskan Jonathan Tan, Glen Lim, Joseph Schooling dan Quah Zheng Wen memenangi gangsa dengan catatan 7:21.49s.
Welson menegaskan, mereka turun tanpa sebarang tekanan meskipun terpaksa berdepan penyandang juara dari Singapura.
“Kami sedar mampu memecahkan rekod kebangsaan jika semuanya berjalan lancar dan saya fikir, kami beraksi dengan baik hari ini.
“Pada akhir sekali ia bergantung kepada kekuatan mental. Di persaingan peringkat seperti ini, apa saja boleh berlaku.
“Memang menarik dapat menewaskan musuh ketat dalam renang. Dalam beberapa edisi Sukan SEA sebelum ini, kami tidak mampu menyaingi Singapura, tetapi kali ini kami memberikan saingan sengit termasuk kepada Vietnam.
“Bagi kami, tiada apa yang dimalukan, sebaliknya tekanan lebih memihak kepada mereka,” kata Welson.
Sementara itu, Job Tan mencipta kejutan memenangi gangsa dalam acara 200m kuak lentang lelaki dengan catatan 2:17.68s di final.
Perenang Singapura, Maximillian Ang memenangi emas dengan catatan 2:11.93s manakala perenang Vietnam, Bao Pham Thanh memenangi perak dengan 2:12.09s. Welson dan Hoe Yean akan berentap dalam acara 200m gaya bebas lelaki, esok. – KOSMO
Renang pecah rekod kebangsaan di Hanoi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Sah diracun! Yogi sikucing selebriti dan rakan mati akibat perbuatan khianat
- Keluarga saman TikTok selepas anak maut sertai cabaran
- Tak ada sebab RoS tolak pindaan Perlembagaan UMNO – Najib
- Dunia di ambang krisis makanan
- Polis guna handphone disaman
- Pendaki Gunung Suku hanyut: Bomba jumpa kaki mangsa
- Usul pinda perlembagaan disokong sebulat suara bukti UMNO sedia hadapi PRU-15
- GPS takkan beri laluan Bersatu tanding di Sarawak
- Angkara pokok serai, lelaki parah ditetak
- Tiga Pengantin Adik Beradik Bersanding ‘Bawa Perut’
- Perang mulut antara Tian, Prabakaran makin panas
- 2 pasangan kekasih dicekup berkhalwat di hotel bajet
Layari Laman Facebook MYKMU.NET