Dua beradik lemas dalam parit

Mayat dua beradik yang ditemui lemas dalam parit di Batu 12, Jalan Segari, Pantai Remis, Beruas petang tadi. – FOTO: IHSAN PEMBACA

BERUAS – Dua beradik lelaki berusia empat dan enam tahun ditemui lemas dalam parit tidak jauh dari rumah mereka di Batu 12, Jalan Segari, Pantai Remis dekat sini petang tadi.

Kedua-dua mangsa ditemui oleh abang sulung yang berusia 10 tahun sebelum memberitahu ibunya yang kemudian meminta bantuan orang ramai.

Difahamkan mangsa keluar bermain berdekatan rumah pada pukul 5 petang ketika ibu mereka sedang memasak sebelum wanita itu meminta anak sulungnya mencari mereka setengah jam kemudian.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, polis menerima maklumat kejadian itu pada pukul 7 malam sebelum bergegas ke tempat kejadian.

“Semasa polis tiba mayat dua kanak-kanak itu telah dibawa ke rumah oleh petugas Klinik Kesihatan Pantai Remis.

“Pemeriksaan mereka mengesahkan kematian dua kanak-kanak itu,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Nor Omar memaklumkan, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Seri Manjung untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Jelas beliau lagi, setakat ini siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.- KOSMO

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Gambar MK K-Clique berkahwin cetus huru-hara

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker