Wanita bersuami dua dihalau penduduk kampung

PENDUDUK dirakam membakar pakaian NN dan keluarganya setelah menghalau mereka keluar dari kampung. – Instagram

JAKARTA – Seorang wanita dari daerah Cianjur dalam wilayah Jawa Barat dihalau keluar oleh penduduk kampung kerana didakwa mempunyai dua suami, lapor laman berita Suara.com.

Wanita yang hanya dikenali sebagai NN, 28, itu dihalau keluar bersama keluarganya dari kampung. Rakaman kejadian yang dimuat naik pada akaun Instagram bernama @terangmedia itu kemudiannya menjadi tular di media sosial Indonesia.

Bukan itu sahaja, penduduk kampung turut bertindak membakar pakaian NN ketika menghalaunya.

Menurut ketua kampung, Aep Ibing, perkahwinan wanita itu dengan suami keduanya, UA, diketahui selepas saudara-mara suami pertamanya, TS, berasa curiga.

Tindak-tanduk wanita itu dicurigai kerana sering berada di rumah UA di Desa Babakancaringin, Cianjur.

“Apabila NN keluar dari rumah, saudara-mara suami pertamanya mengikutinya. Sejurus tiba di rumah UA, mereka menyerbu NN,” kata Aep.

Selepas disoal siasat, UA kemudian mengaku mereka sudah berkahwin selama lima bulan. Saudara-mara TS terkejut kerana wanita itu masih bergelar isteri yang sah kepadanya.

Setelah berbincang, NN akhirnya diceraikan oleh suami pertamanya itu.

Penduduk kampung yang mengetahui kejadian tersebut bertindak menghalau NN serta keluarganya. TS juga berasa kecewa dengan kejadian itu kerana mereka sudah berumah tangga selama 13 tahun dan dikurniakan dua anak. – Agensi

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Gambar MK K-Clique berkahwin cetus huru-hara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker