PAS tolak Ketua Armada di Bagan Serai, Wan Fayhsal ‘tersenyum kambing’

PETALING JAYA: “Kita tak terima beliau sebagai calon Parlimen Bagan Serai,” kata pemimpin PAS kawasan itu merujuk kepada hasrat Timbalan Menteri Perpaduan Negara Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal untuk bertanding di kerusi berkenaan.

Yang Dipertuanya, Abdul Aziz Abdul Majid berkata, tindakan ketua Pemuda Bersatu itu mengumumkan secara terbuka untuk bertanding di kerusi Parlimen Bagan Serai disifatkan tidak wajar.

Katanya, kehadiran Wan Fayhsal di kawasan Bagan Serai tidak mendapat mandat sama ada daripada Perikatan Nasional (PN) negeri mahupun pusat.

“Secara umumnya PAS kawasan Bagan Serai tidak akan memberi laluan kepada Wan Ahmad Fayhsal disebabkan beliau turun tanpa mandat PN negeri mahupun PN pusat untuk menyatakan beliau calon di Bagan Serai,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Sementara itu Aziz berkata, pihaknya sudah menyerahkan kertas cadangan untuk PAS bertanding di kerusi Parlimen Bagan Serai kepada presiden parti itu, Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, kepimpinan tertinggi PAS pusat telah menerima pandangan mengenai kedudukan kerusi Parlimen itu dan mereka akan membuat keputusan terbaik untuk PAS bertanding di kerusi Parlimen Bagan Serai.

“Ketika ini, jentera kita sentiasa bergerak bertemu dengan masyarakat dan bukan menunggu PRU semata-mata. Jentera kita juga mencukupi untuk melaksanakan tugas,” katanya.

Pada 14 Mei lalu, Wan Fayhsal mengakui kerusi Parlimen Bagan Serai adalah dalam senarai pilihannya untuk ditandingi pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Katanya, usaha menyantuni dan mendekati pengundi di kawasan berkenaan aktif digerakkan sejak dua tahun lalu termasuk memberikan bantuan semasa pandemik Covid-19 dan banjir.

Pemuda PAS Bagan Serai sebelum ini menerusi satu memorandum mendesak PN memberi laluan kepada parti itu untuk bertanding di kerusi Parlimen berkenaan pada PRU15.

Tuntutan itu dibuat berasaskan fakta kukuh, iaitu antaranya PAS kawasan mempunyai bilangan jentera, cawangan yang lebih kuat dan banyak, berbanding parti gabungan lain.

Penyandang kerusi Parlimen Bagan Serai ketika ini adalah Dr Noor Azmi Ghazali daripada Bersatu.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Gambar MK K-Clique berkahwin cetus huru-hara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker