Muafakat Aset Terbaik UMNO Menuju PRU15 – Onn Hafiz [VIDEO]

Muafakat Aset Terbaik UMNO Menuju PRU15 – Onn Hafiz [VIDEO]

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi meluahkan kesyukuran dengan Perhimpunan Agung Khas UMNO yang dilaksanakan semalam.

Beliau yang juga Naib Ketua Bahagian UMNO Simpang Renggam berkata permuafakatan ditunjukkan ternyata merupakan penanda aras terbaik termasuk dalam kalangan ahli parti sebagai persediaan menuju ke Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kelak.

“Saya tengok memang begitu keadaannya malah bukan sahaja dalam kalangan ahli parti tetapi juga daripada parti-parti komponen dalam Barisan Nasional.



“Ini memberikan petanda baik malah kita juga tidak boleh ambil ringan kerana ada sahaja yang ingin mengadu-domba dan memecah belahkan parti ini.

“Sama-sama kita rapatkan saf kerana selepas ini peperangan yang cukup besar menanti dan ia menuntut untuk bersatu hati menentang musuh-musuh,” katanya ketika ditemui UMNO Online.

Beliau juga merakamkan penghargaan terutama kepada Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memainkan peranan besar dalam membawa pindaan Perlembagaan parti.

“Tahniah saya ucapkan kepada presiden dan barisan kepimpinan. Semuanya menyambut baik apa yang dicadangkan oleh pucuk pimpinan dan ianya datang dari akar umbi juga.



“Alhamdulillah Perdana Menteri yang juga Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sendiri telah menyokong usul tersebut,” ujar beliau.

Perhimpunan khas yang berlangsung pada semalam meluluskan usul pindaan Perlembagaan UMNO.

Ia diluluskan selepas 2,586 perwakilan bersetuju untuk meluluskan usul yang dibentangkan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan disokong oleh Ismail Sabri. – UMNO Online



Muafakat Aset Terbaik UMNO Menuju PRU15 – Onn Hafiz [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi



Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Gambar MK K-Clique berkahwin cetus huru-hara



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker