Hal UMNO biar kami selesaikan, Najib bidas Mahathir
Hal UMNO biar kami selesaikan, Najib bidas Mahathir
Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak membidas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung pindaan perlembagaan parti itu.
Najib membidas Mahathir dengan berkata perkara itu biarlah diselesaikan pucuk pimpinan UMNO sendiri.
“Dia ni tubuh parti pertama, anak jadi timbalan presiden. Tubuh parti kedua, anak terus jadi presiden. Ada hati lagi nak pertikaikan pemilihan parti orang lain? Nama parti kamu PETAI.
“Hal UMNO, biar kami di UMNO kendali,” sinis Najib di Facebooknya hari ini.
Najib berkata demikian mengulas kenyataan Mahathir yang mendakwa parti tunjang kaum Melayu itu tidak menghormati perlembagaan sendiri apabila meluluskan usul meminda perlembagaan bagi menangguhkan pemilihan parti itu.
Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) turut mempersoalkan tempoh penangguhan pemilihan berkenaan.
Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, usul pindaan Perlembagaan UMNO menangguh pemilihan parti yang diluluskan semalam bagi membolehkan pemilihan parti diadakan tidak lebih dari enam bulan selepas pilihan raya umum.
Semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menolak dakwaan pindaan perlembagaan itu dilakukan demi menyelamatkan kedudukannya sebagai presiden. MG
Hal UMNO biar kami selesaikan, Najib bidas Mahathir
Baca Artikel Menarik:
- Sah diracun! Yogi sikucing selebriti dan rakan mati akibat perbuatan khianat
- Keluarga saman TikTok selepas anak maut sertai cabaran
- Tak ada sebab RoS tolak pindaan Perlembagaan UMNO – Najib
- Dunia di ambang krisis makanan
- Polis guna handphone disaman
- Pendaki Gunung Suku hanyut: Bomba jumpa kaki mangsa
- Usul pinda perlembagaan disokong sebulat suara bukti UMNO sedia hadapi PRU-15
- GPS takkan beri laluan Bersatu tanding di Sarawak
- Angkara pokok serai, lelaki parah ditetak
- Tiga Pengantin Adik Beradik Bersanding ‘Bawa Perut’
- Perang mulut antara Tian, Prabakaran makin panas
- 2 pasangan kekasih dicekup berkhalwat di hotel bajet
Layari Laman Facebook MYKMU.NET