Usul Pindaan Perlembagaan UMNO Lulus, Khaled Pencadang, Ismail Sabri Penyokong
Usul Pindaan Perlembagaan UMNO Lulus, Khaled Pencadang, Ismail Sabri Penyokong
Perhimpunan Agung Khas UMNO hari ini meluluskan pindaan Perlembagaan UMNO supaya pemilihan parti diadakan dalam tempoh enam bulan selepas Pilihan Raya Umum (PRU).
Ia diluluskan selepas 2,586 perwakilan bersetuju untuk meluluskan usul yang dibentangkan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan disokong oleh Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Persidangan terbabit berlangsung lancar di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) yang turut disusuli sambutan ualng tahun ke-76 UMNO dan jamuan Hari Raya Aidilfitri UMNO.
Terdahulu, menerusi pembentangan yang dibacakan kepada perwakilan, Khaled memaklumkan bahawa secara umumnya, pindaan melalui Perhimpunan Agung Khas UMNO ini melibatkan hanya tiga fasal iaitu Fasal 10.16, Fasal 15.3 dan Fasal 18.2.
“Dengan hanya melibatkan 3 fasal ini sahaja, ia bermakna pemilihan parti tetap diadakan 3 tahun sekali seperti yang terkandung dalam Fasal 9.3 Perlembagaan UMNO. Sebaliknya peruntukan dan fasal baharu yang dipinda dan dimasukkan ini adalah fasal pengecualian kepada pemilihan 3 tahun sekali tersebut.
“Fasal pertama yang dipinda adalah Fasal 10.16 yang sekarang ini memperuntukkan bahawa: Majlis Kerja Tertinggi berhak menangguhkan pemilihan di peringkat Majlis Kerja Tertinggi, Bahagian dan Cawangan. Penangguhan ini tidak boleh lebih daripada lapan belas (18) bulan dari tarikh pemilihan yang sepatutnya ia diadakan.
“Fasal ini akan dipinda untuk memberi kuasa dan pilihan kepada MKT untuk membuat satu lagi bentuk penangguhan kepada pemilihan parti iaitu penangguhan selama 6 bulan selepas sesuatu PRU itu diadakan,” katanya.
Dalam erti kata lain jelasnya, peruntukkan Fasal 10.16 yang sedia ada akan dipinda menjadi Fasal 10.16.1 dan akan berbunyi seperti berikut:
Majlis Kerja Tertinggi berhak menangguhkan pemilihan di peringkat Majlis Kerja Tertinggi, Bahagian dan Cawangan. Penangguhan ini tidak boleh lebih daripada lapan belas (18) bulan dari tarikh pemilihan yang sepatutnya ia diadakan atau tidak lebih daripada enam (6) bulan selepas diadakan sesuatu Pilihan Raya Umum Parlimen (Dewan Rakyat), yang mana terkemudian.
“Maka, selain daripada tempoh penangguhan selama 18 bulan yang dibenarkan sebelum ini, MKT selepas ini turut berhak untuk menangguhkan pemilihan parti kepada suatu tempoh tidak melebihi 6 bulan selepas sesuatu PRU itu diadakan, bergantung kepada yang mana satukah lebih terkemudian.” – UMNO Online
Usul Pindaan Perlembagaan UMNO Lulus, Khaled Pencadang, Ismail Sabri Penyokong
Baca Artikel Menarik:
- Ismail hulur sumbangan peribadi kepada keluarga pelajar USAS
- Anwar tak buat persediaan untuk debat – penganalisis
- Nelayan tangkap ikan pari gergasi
- Aksi lelaki berdua dalam tandas buat ramai pelik
- Hang gatal sangat, hang jawab – Sanusi
- Kerajaan hadapi tekanan hasil apabila PH hapuskan GST
- Halau nyamuk, tanam 7 jenis pokok ini
- Najib cadang Petronas ambil alih Sapura Energy
- 10 fakta Terowong Menora, jajaran maut di Banjaran Keledang
- Rosnah Mat Aris nafi bomohkan suami
- Baru nak bernyawa , kena banjir lagi – Tiara Jacquelina
- PAS cuba hantar mesej tersirat sebelum EGM Umno – Shabery
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu