Mayat Budak Lemas Ditemukan Selepas Rambut Tersangkut Pada Kayu

Mayat Budak Lemas Ditemukan Selepas Rambut Tersangkut Pada Kayu

KOTA MARUDU: Kanak-kanak perempuan yang hanyut di Sungai Melangkap ditemukan meninggal dunia kira-kira tujuh kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang dalam kejadian di Kampung Melangkap Darat pada Sabtu.

Mangsa, Elzanatira Asod, 10, ditemui oleh penduduk kampung bersama pasukan keselamatan pada jam 11.50 pagi selepas rambutnya tersangkut pada kayu di sungai berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu, Rony Sikawan berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada hari kedua dimulakan pada jam 7 pagi di sepanjang sungai berkenaan.

“Ketika pencarian dilakukan, seluar milik mangsa ditemui dua kilometer dari tempat mangsa hilang oleh penduduk kampung.

“Mangsa pula kemudian berjaya dijumpai oleh penduduk bersama pihak bomba dan agensi bantuan lain sejauh tujuh kilometer dari tempat dia hilang di mana ketika itu rambutnya tersangkut pada kayu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi SAR ditamatkan pada jam 12.30 tengah hari,” katanya

Sebelum itu, media melaporkan mangsa dikhuatiri lemas selepas menyeberang sungai bersama ibunya ketika dalam perjalanan pulang dari kebun pada Jumaat.

Dalam kejadian itu, kepala air tiba-tiba datang dan menyebabkan mangsa hanyut, manakala ibunya berjaya ke tepi sungai.

Seorang kanak-kanak perempuan dikhuatiri lemas ketika menyeberang Sungai Melangkap bersama ibunya dalam kejadian di Kampung Melangkap Darat pada petang Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa berusia 10 tahun dikatakan hilang akibat dibawa arus manakala ibunya sempat menyelamatkan diri.

Katanya, seramai tiga anggota bomba dikejarkan ke lokasi yang terletak sejauh 35 kilometer dari BBP Kota Marudu.

“Menurut maklumat, kanak-kanak itu hilang ketika menyeberang sungai selepas pulang dari kebun bersama ibunya.

“Ketika menyeberang sungai, tiba-tiba kepala air datang menyebabkan kanak-kanak itu hanyut manakala ibunya berjaya ke tepi sungai,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Beliau berkata, usaha mencari dan menyelamat (SAR) mangsa segera dilakukan namun terpaksa ditangguh berikutan laluan masuk ke rumah mangsa dinaiki air.

“Operasi ditangguh pada jam 7.30 malam kerana anggota bomba terpaksa berjalan kaki ke lokasi kejadian dan ketika itu laluan ke rumah mangsa sudah dinaiki air.

“Operasi disambung semula hari ini (Sabtu) dan maklumat lanjut akan dikemas kini dari masa ke masa,” katanya-SH

Mayat Budak Lemas Ditemukan Selepas Rambut Tersangkut Pada Kayu

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TMJ jawab punca JDT rai kemenangan seperti final

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker