2,373 kes baru, 5 kematian Covid-19

Kementerian Kesihatan memaklumkan 2,373 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah kumulatif jangkitan kepada 4,475,873.

Kes aktif berjumlah 29,762, turun 27.7 peratus berbanding 14 hari lalu.

Kes baru mengikut negeri adalah seperti berikut:

Selangor (1,089)
Kuala Lumpur (359)
Pulau Pinang (189)
Negeri Sembilan (162)
Perak (116)
Melaka (97)
Pahang (58)
Johor (55)
Putrajaya (53)
Kedah (51)
Sabah (51)
Sarawak (48)
Terengganu (25)
Kelantan (11)
Perlis (6)
Labuan (3)

Lima lagi kematian yang dikaitkan dengan Covid-19 dilaporkan semalam, dengan seorang korban meninggal dunia sebelum tiba di hospital.

Sepanjang minggu lalu, purata 4.7 orang dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19, manakala purata bagi 30 hari lalu ialah 7.7, menunjukkan bahawa kematian dalam aliran menurun.

Sejak permulaan wabak pada Mac 2020, sejumlah 35,612 kematian telah dikaitkan dengan Covid-19 di dalam negara.

Terdapat 65 kematian Covid-19 yang dilaporkan setakat bulan ini. Sebagai perbandingan, terdapat 564 kematian pada bulan lepas dan 2,235 pada Mac.

Kedah, Negeri Sembilan, Sabah, Selangor dan Terengganu masing-masing mempunyai satu kes kematian.

Malaysia mempunyai jumlah kematian per kapita tertinggi di rantau Asean dan Asia Timur dengan 1,075 kematian bagi setiap 1 juta penduduk, dan keempat terburuk di Asia selepas Iran, Lubnan dan Jordan – semuanya di Timur Tengah.

Terdapat 1,261 pesakit Covid-19 yang dirawat di hospital dengan 47 daripadanya berada di unit rawatan rapi.

Jumlah kemasukan hospital tertinggi semalam dicatatkan di Selangor (117) diikuti Johor (102) dan Sabah (56).

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TMJ jawab punca JDT rai kemenangan seperti final

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Khir Toyo ziarah Hamid Gurkha

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker