Prestasi ekonomi Malaysia semakin baik – Ismail



Prestasi ekonomi Malaysia semakin baik – Ismail

Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi suku pertama tahun 2022 mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5 peratus mengatasi jangkaan kebanyakan penganalisis ekonomi.

Pelaburan langsung asing (FDI) meningkat hampir tiga kali ganda kepada RM24.4 bilion berbanding RM8.5 bilion pada suku pertama tahun 2021.

Kadar pengangguran juga menurun kepada 4.1 peratus pada suku pertama 2022 kepada 671.2 ribu orang, terendah sejak suku kedua tahun 2020.

Indeks Sentimen Pengguna keluaran Malaysia Institute of Economic Research (MIER) turut meningkat kepada 108.9 mata pada suku pertama tahun 2022 berbanding 97.2 mata pada suku keempat 2021.




Indeks Keyakinan Ketua Eksekutif yang diterbitkan bersama Vistage dan MIER mencatat 122.1 mata pada suku pertama tahun 2022, paras tertinggi sejak pandemik COVID-19.

Saya percaya pencapaian ekonomi dijangka terus kukuh pada suku kedua tahun 2022 berikutan pembukaan semula sempadan negara dan Fasa Peralihan ke Endemik bermula 1 April 2022.

Ismail Sabri Yaakob

Prestasi ekonomi Malaysia semakin baik – Ismail


Baca Artikel Menarik:




Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TMJ jawab punca JDT rai kemenangan seperti final

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Khir Toyo ziarah Hamid Gurkha



Leave a Reply

Your email address will not be published.