Altimet rebut jawatan Ketua Cabang PKR Ampang

Altimet rebut jawatan Ketua Cabang PKR Ampang

Penyanyi, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau lebih dikenali dengan panggilan Altimet sah bertanding pada Pemilihan PKR sebagai calon Ketua Cabang Ampang.

Poster beliau yang mahu bertanding bagi jawatan itu tular di laman sosial.



Menurut sumber, beliau yang juga pelakon dan komposer telah menghantar pencalonannya.

Altimet merupakan salah seorang daripada tiga selebriti tanah air yang menyertai PKR tahun lepas.

Dua lagi selebriti berkenaan iaitu Datuk Hans Isaac dan Datuk Afdlin Shauki.

Difahamkan Afdlin bakal berebut jawatan Ketua Cabang bagi kawasan Setiawangsa manakala, Hans di kawasan yang ditandingi Altimet.



Hans mengumumkan menyertai PKR pada 2020.

Sebelum ini, timbul desas desus beliau akan bertanding mewakili parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU), selepas penyandang kerusi itu yang juga Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin, dipecat daripada parti. MG

Altimet rebut jawatan Ketua Cabang PKR Ampang


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TMJ jawab punca JDT rai kemenangan seperti final

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu



Khir Toyo ziarah Hamid Gurkha



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker