Status halal meragukan: Kelulusan kepada Thomas Foods digantung serta-merta

Status halal meragukan: Kelulusan kepada Thomas Foods digantung serta-merta

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) menggantung kelulusan yang telah diberikan kepada loji sembelihan Thomas Foods International Lobethal di Australia berkuat kuasa serta-merta sehingga satu hasil siasatan yang menyeluruh diperolehi.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Hakimah Mohd Yusoff dan Ketua Pengarah JPV, Datuk Dr Mohd Norlizan Mohd Noor dalam kenyataan bersama berkata, tindakan segera itu dibuat susulan dakwaan pelanggaran prosedur penyembelihan halal di loji penyembelihan itu.



Dalam masa yang sama, Supreme Islamic Council of Halal Meat in Australia Inc. (SICHMA) selaku badan pensijilan halal yang bertanggungjawab dalam penyeliaan halal ke atas loji sembelihan tersebut akan diberi surat tunjuk sebab dan berhadapan dengan kemungkinan untuk dibatalkan status sebagai badan pensijilan halal yang diiktiraf oleh Jakim sekiranya didapati tidak mematuhi keperluan standard dan prosedur halal Malaysia.

Menurut mereka, Jakim elah menjalankan siasatan ke atas loji sembelihan berkenaan dan mengadakan beberapa siri perbincangan dengan pihak berkuasa Australia, selain mengatur pertemuan dengan Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat Malaysia (PEKEMAS) dalam masa terdekat bagi mendapatkan maklumat lanjut.

”Terbaru, sidang khas antara JPV dan Jakim dengan Department of Agriculture, Water and the Environment (DAWE), Australia telah diadakan pada 13 Mei 2022.

”Sidang berkenaan telah bersetuju membuat keputusan untuk menggantung kelulusan yang telah diberikan kepada loji sembelihan Thomas Foods International Lobethal berkuat kuasa serta-merta sehingga satu hasil siasatan yang menyeluruh diperolehi,” kata kenyataan bersama itu.



Menurutnya, prosedur pengiktirafan loji pemprosesan luar negara oleh Kerajaan Malaysia adalah melalui satu prosedur yang ketat dan terperinci kerana proses pengiktirafan loji sembelihan dan loji pemprosesan luar negara dijalankan pengauditan secara sistematik oleh pegawai-pegawai terlatih JPV dan Jakim.

Proses pengauditan ke atas loji sembelihan yang dilaksanakan adalah secara berjadual menggunakan piawaian yang telah ditetapkan untuk kualiti dan keselamatan produk berdasarkan SOP di dalam Standard Malaysia untuk Good Manufacturing Practices (GMP) MS 1514:2009, Standard Malaysia untuk Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP) MS 1480:2018 termasuk juga Arahan Prosedur Tetap Veterinar Malaysia (APTVM)23(h):1/2014 (Pengauditan Loji Sembelihan dan Loji Pemprosesan). Manakala bagi aspek pematuhan halal mengguna pakai Malaysia Standard Halal Food – Production, Preparation, Handling and Storage – General Guidelines (MS1500:2009) dan Malaysian Protocol for The Halal Meat and Poultry Production.

Menurut mereka, kelulusan pula perlu melalui sebanyak empat kali pembentangan dan penilaian sebelum keputusan diberikan.

Pembentangan dan penilaian di peringkat Jakim melibatkan Jawatankuasa Penilaian Pengiktirafan Halal Luar Negara dan Jawatankuasa Pengesahan Pengiktirafan Halal Luar Negara (JPPHLN).



Manakala pembentangan dan penilaian seterusnya adalah di peringkat JPV dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) iaitu Jawatankuasa Teknikal Pengiktirafan Abatoir & Loji Pemprosesan Luar Negara (JTPALLN) dan Mesyuarat Jawatankuasa Kawalan Import dan Eksport Keluaran Pertanian (JKEIP) peringkat MAFI.

Selepas kelulusan diperolehi, pemantauan loji sembelihan dibuat oleh JPV, JAKIM dan badan persijilan halal yang diiktiraf oleh Jakim bagi memastikan standard dan prosedur Malaysia dipatuhi. MG

Status halal meragukan: Kelulusan kepada Thomas Foods digantung serta-merta


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TMJ jawab punca JDT rai kemenangan seperti final

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu



Khir Toyo ziarah Hamid Gurkha



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker