Kenaikan harga bahan binaan, kerajaan benarkan kontraktor selaraskan harga



Kenaikan harga bahan binaan, kerajaan benarkan kontraktor selaraskan harga

Dengan kenaikan harga bahan binaan berikutan kesan global daripada wabak itu, kerajaan membenarkan kontraktornya memohon Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) bagi memastikan projek dapat disiapkan tepat pada masanya.

Walau bagaimanapun, VOP hanya terpakai kepada projek pembinaan yang telah diberikan antara Januari 2021 dan Jun 2022.

Dalam pekeliling Perbendaharaan Malaysia, Putrajaya mengakui terdapat peningkatan ketara dalam bahan binaan akibat kesan pandemik Covid-19 di seluruh dunia.

“Satu kajian telah dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) berdasarkan kepada siaran khas yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia berkenaan kos bahan binaan.




“Hasil kajian juga menunjukkan terdapat kenaikan kepada indeks kos bahan binaan dan harga unit purata bagi bahan,” menurut pekeliling itu.

Justeru, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan VOP dalam kontrak kerja yang dipelawa secara tender bagi memastikan perolehan projek kerajaan tidak terjejas dan dapat disiapkan mengikut jadual.

Kerajaan juga memberitahu, VOP hanya terpakai untuk semua tender projek yang diberikan antara 1 Jan 2021 hingga 30 Jun tahun ini dan akan diteruskan sehingga projek itu disiapkan serta menambah, jabatan berkaitan mesti memasukkan klausa variasi ini dalam kontrak sedia ada.

Berdasarkan pekeliling itu, item terjejas yang disenaraikan sebagai layak untuk VOP termasuk bahan keluli tertentu, crushed aggregate ( (batu hancur) dan tembaga.

“Semua VOP mesti berdasarkan siaran khas mengenai harga bahan ini oleh jabatan statistik secara berkala.”




Walau bagaimanapun, Perbendaharaan menjelaskan, kerja yang tidak layak untuk VOP termasuk pembaikan, pengubahsuaian dan perobohan bangunan.

“Bagaimanapun, bagi kerja-kerja pengubahsuaian yang melibatkan bangunan lengkap dengan asas, dinding dan bumbung, dan jika VOP melebihi 50% daripada jumlah nilai kerja pembaikan, maka pembina boleh memohon VOP sewajarnya,” katanya.

Perbendaharaan turut menyenaraikan semua keperluan dan klausa yang layak dalam pekeliling. FMT

Kenaikan harga bahan binaan, kerajaan benarkan kontraktor selaraskan harga


Baca Artikel Menarik:




Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TMJ jawab punca JDT rai kemenangan seperti final

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Khir Toyo ziarah Hamid Gurkha



Leave a Reply

Your email address will not be published.