Isham pelawa Mahathir untuk wacana terbuka

Isham pelawa Mahathir untuk wacana terbuka

Selepas debat perdana antara bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berakhir pada Khamis lalu, satu lagi cabaran wacana terbuka dibuat oleh Ketua Penerangan BN Selangor, Isham Jalil.

Isham mencabar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk berdebat dengannya secara terbuka.

“Kepada Yang Berhormat Tun Mahathir, dengan segala hormat saya ingin menjemput Tun untuk berwacana dengan saya pada bila-bila masa yang Tun berkelapangan. Bukan untuk berdebat atau berpolitik, tetapi untuk berwacana secara terbuka untuk bincang berkenaan dasar-dasar dan hala tuju negara secara ilmiah dan berhemah.

“Contohnya berkenaan isu matawang ringgit yang kian lemah, soal ekonomi, isu ‘Rule of Law’, dan masa depan Malaysia dan cadangan-cadangan penyelesaiannya,” cabar Isham, hari ini.

Jelas Isham, cabaran itu diketengah olehnya yang mewakili golongan muda di negara ini bagi mendapatkan penerangan secara jelas daripada terus berbeza pendapat di media sosial.

“Oleh itu daripada Tun dan saya asyik komen dan berbeza pandangan di Facebook sahaja, mungkin elok kita bersemuka dan bertukar pandangan secara terbuka.

“Wacana ini mungkin akan dapat mencabahkan pemikiran dan membantu kita dan rakyat melihat pandangan-pandangan dan penyelesaian dari perspektif generasi Tun dan juga generasi saya untuk kepentingan masa depan Malaysia. Jika Tun sudi, kami amatlah berbesar hati,” katanya lagi.

Pada Khamis lalu, satu sejarah tercipta apabila satu debat perdana berjaya dianjurkan empat entiti media iaitu MalaysiaGazette, Astro Awani, Sinar Harian dan Sin Chew Daily yang menampilkan Najib dan Anwar sebagai ahli panel.

Debat Perdana yang membincangkan isu berkaitan Sapura Energy Bhd (SEB) dan isu masa depan negara itu berjalan lancar tanpa sebarang provokasi daripada kedua-dua penyokong.

Bertempat di Auditorium Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) ia dihadiri kira-kira 400 orang termasuk tokoh politik, ahli korporat, pakar ekonomi, ahli akademik, mahasiswa selain penyokong kedua-dua pemimpin. MG

Isham pelawa Mahathir untuk wacana terbuka


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TMJ jawab punca JDT rai kemenangan seperti final

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Khir Toyo ziarah Hamid Gurkha

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker