Bomba tenangkan pelajar mengamuk

Bomba tenangkan pelajar mengamuk

Penampang: Seorang pelajar tingkatan lima terpaksa ditenangkan selepas mengamuk ketika belajar di sebuah sekolah di daerah ini, hari ini.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, remaja berusia 17 tahun yang dipercayai mengalami gangguan emosi berjaya dikawal selepas dipujuk pasukan bomba.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.35 pagi.

Katanya, sepasukan lapan anggota dan pegawai bersama jentera dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikerahkan bergegas ke lokasi kejadian.

“Pelajar lelaki terbabit mengamuk di tingkat tiga bangunan sekolah dan pasukan bomba yang hadir berjaya memujuk mangsa.

“Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Mesra Bukit Padang bagi mendapatkan rawatan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, pasukan operasi terus menjalankan pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada lagi bahaya lain.

“Operasi ditamatkan pada jam 8.51 pagi,” katanya. HM

Bomba tenangkan pelajar mengamuk


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TMJ jawab punca JDT rai kemenangan seperti final

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Khir Toyo ziarah Hamid Gurkha

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker