Hang gatal sangat, hang jawab – Sanusi
Hang gatal sangat, hang jawab – Sanusi
Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menafikan dakwaan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) berdepan masalah tunggakan gaji hingga menyebabkan mereka kalah dalam beberapa perlawanan sebelum ini.
“Saya ada membaca satu berita yang mana ada orang yang buat isu mengatakan pasukan bola sepak KDA FC kini terumbang ambing prestasinya disebabkan tak bayar gaji.
“Saya dah tanya pihak KDA FC dan mendapat maklumbalas tidak ada tunggakan gaji dan mereka sedang menyediakan notis saman kepada pihak-pihak tertentu itu yang menularkan kononnya KDA FC tak bayar gaji pemain.
“Tunggu surat saman sahajalah dan selamat menjawab di mahkamah kepada pihak-pihak yang gatal tangan. Dia gatal, orang Kedah kata hang gatal sangat, hang jawab,” katanya yang juga Menteri Besar Kedah pada sidang media di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.
Sebelum ini, tular di media sosial satu hantaran dikongsi seorang individu yang memuat naik tangkap layar mesej beberapa individu lain di Facebook mengenai situasi pemain yang didakwa sudah empat bulan tidak menerima gaji daripada KDA FC.
Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi mendakwa, isu tunggakan gaji itu ditimbulkan pihak tidak bertanggungjawab itu sebagai ‘modal’ untuk menghentam kerajaan negeri.
“Dia sebenarnya, kalau buat isu tunggakan gaji tu dia nak hentam kita la dan nak bedal kerajaan negeri walaupun bola itu sebenarnya milik KDA FC yang merupakan sebuah syarikat swasta. Kerana tak ada apa isu nak kenakan kerajaan negeri, dia buatlah isu tak bayar gaji,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Muhammad Sanusi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap rekod kurang memberangsangkan Kedah dalam beberapa perlawanan lalu yang menyaksikan skuad Kenari hanya menang dan seri sekali daripada lima aksi terakhir.
Terbaru semalam, ia hanya mampu seri 3-3 dengan PJ City dalam aksi Liga Super FC di Stadium MBPJ, Petaling Jaya.
“Semalam saya tak pergi tengok di stadium. Saya tengok gol penyamaan oleh PJ City dan kalau kita dapat nafikan gol tu, kita boleh menang dan boleh bawa balik tiga mata. Tapi, tak dapat bawa balik tiga mata dapat satu mata. Jadilah dari kalah baiklah seri.
“Saya macam peminat lain juga. Saya pun nak pasukan sentiasa menang dan kita harap pasukan dapat atasi sebarang masalah dengan memperbaiki prestasi mereka. Sebagai Presiden KFA, saya sentiasa berusaha membantu KDA FC dalam urusan kewangan sampai sekarang.
“Saya tak mahu ganggu pasukan dan saya serahkan kepada KDA FC dan jurulatih untuk meningkatkan prestasi pasukan seterusnya.
“Kita ada jendela perpindahan pemain pada hujung bulan ini dimana mungkin ada proses akan dibuat untuk bawa keluar atau masuk pemain baharu nanti. InsyaAllah kita akan dapat keputusan lebih baik selepas ini,” katanya. HM
Hang gatal sangat, hang jawab – Sanusi
Baca Artikel Menarik:
- Bank Negara tidak iktiraf kripto, bitcoin atau ethereum
- Suntik darah dalam makanan di pasar raya
- 5 mangsa rentung berhampiran Terowong Menora disahkan pelajar USAS
- Janda Baik ‘dihentam’ kepala air
- PRU15: BN atau PKR jadi pilihan?
- Kencing manis, darah tinggi tidak layak tunai haji
- Nasrudin tawar ‘formula penyatuan ummah’
- Pelajar IPT cedera ditumbuk, ditendang dan disamun
- Sudah pandu mabuk, cuba rasuah polis pula
- Kem terjun negara bolot lapan pingat emas
- Pemandu Myvi putih pandu secara bahaya ditahan
- Pelanggan kedai temui ulat dalam sambal
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu
You must be logged in to post a comment.