Cuaca panas, jerebu dijangka pada Julai-September
Cuaca panas, jerebu dijangka pada Julai-September
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan berlaku kenaikan suhu berserta fenomena jerebu di negara ini pada Julai hingga September depan.
Ketua Pengarahnya Muhammad Helmi Abdullah berkata pengaruh faktor luar seperti ribut tropika di negara berhampiran seperti Filipina boleh menyebabkan keadaan menjadi kering di Semenanjung.
“Di Indonesia, berkemungkinan berlakunya kebakaran hutan kerana cuaca kering adalah tinggi dan angin akan datang dari barat daya (membawa asap) ke negara kita dalam bentuk jerebu,” katanya menerusi rancangan Malaysia Petang Ini yang diterbitkan BernamaTV hari ini.
MetMalaysia semalam mengeluarkan kenyataan berkaitan Monsun Barat Daya yang dijangka bermula Sabtu ini dan berterusan sehingga pertengahan September.
Muhammad Helmi berkata kejadian itu akan menyebabkan pengurangan pembentukan awan hujan dan mengalami hari tanpa hujan serta menghasilkan taburan hujan yang rendah.
Bagaimanapun, hujan lebat berserta angin kencang dan petir berikutan fenomena garis badai masih boleh berlaku di pantai barat Semenanjung dan barat Sabah. MG
Cuaca panas, jerebu dijangka pada Julai-September
Baca Artikel Menarik:
- Sekarang paling sesuai buat PRU, bukan pemilihan Umno – Tok Mat
- Kerajaan Pulau Pinang jangan syok sendiri
- Pengharaman skuter elektrik: MCA tayang video ‘bukti’
- PU Syed Sokong Usaha Janna Nick Bina Pusat Tahfiz Sambil Tegur Netizen [VIDEO]
- Bos Eskayvie setuju RichWorks skim cepat kaya
- PAS perlu akui peranannya dalam kegagalan MN – Khairuddin
- PAS tak sedia ‘putus’ dengan Umno – Mursyidul Am
- Covid-19: `Saya tak ingat siapa isteri saya’
- Pengundi hantu PKR: Najib cadang Rafizi buat Himpunan Blackout
- Syahredzan wakil DAP bertanding di Bangi?
- Penunggang GPX GR200 maut ‘tercium’ belakang lori Scania
- Jiran selamba sidai pakaian basah dalam laman rumah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.