KKM kesan 4 kluster baru Covid-19

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan mengesan 4 kluster baru iaitu 1 di Terengganu, 1 di Kuala Lumpur, dan 2 di Sarawak.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah melaporkan kluster ini dikesan apabila terdapat peningkatan kes jangkitan baru.

Kluster baru itu dinamakan Kluster PUI Pitakwa (Terengganu), Kluster PUI Shirala (Kuala Lumpur), Kluster Pusat Perubatan Kuching dan Kluster Jupiter (Sarawak):

Hisham berkata, saringan dan siasatan selanjutnya sedang diteruskan bagi keempat-empat kluster ini.

Kementerian menasihatkan orang ramai tidak leka dan terus kekal waspada.

“Pastikan saranan dan nasihat-nasihat kesihatan diamalkan pada setiap masa,” katanya.

1. Kluster PUI Pitakwa

Kes indeks kluster merupakan seorang warganegara Malaysia yang pulang dari Nigeria pada 11 Julai. Dia didapati negatif dalam saringan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Tiga hari selepas ketibaan dia menjalani ujian ulangan kerana mula mengalami gejala yang lebih teruk, dan dikesan positif.

Dia dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu, dan 44 kontak rapat dikenalpasti dan disaring, terutama ahli keluarga, penumpang dan kru kapal terbang, pemandu teksi, dan rakan sekerja.

Daripada jumlah ini, 2 dikesan positif, 3 negatif, dan 39 masih menunggu keputusan.

2. Kluster PUI Shirala

Kes indeks kluster ini merupakan seorang bukan warganegara dan tiba di Malaysia pada 6 Julai atas urusan kerja. Dia didapati negatif dalam saringan di India dan KLIA.

Lima hari selepas ketibaan dia menjalani menjalani ujian ulangan bagi kerana mula mengalami gejala pada 11 Julai, dan dikesan positif.

Dia dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh, 2 kontak rapat dikenalpasti. Daripada jumlah ini, 1 dikesan positif dan 1 negatif.

3. Kluster Pusat Perubatan Kuching

Kes indeks kluster ini merupakan seorang warganegara Malaysia yang menjalani saringan kerana berisiko tinggi, iaitu terlibat sebagai petugas kesihatan barisan depan, namun tiada gejala.

Dia dikesan positif pada 14 Julai dan dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak.

Setakat ini, 1 kes dikesan positif daripada 26 kontak rapat yang dikenalpasti termasuk ahli keluarga dan rakan sekerja. Manakala yang lain negatif.

4. Kluster Jupiter

Kes indeks kluster ini merupakan seorang bukan warganegara, anak kapal sebuah kapal yang berlayar, dan mempunyai sejarah perjalanan ke Jepun dan Singapura.

Dia mula mengalami gejala pada 3 Julai dan gejala menjadi semakin teruk pada 11 Julai di perairan Sarawak.

Dia dimasukkan ke pusat perubatan dan didapati positif. Dia kemudian dipindahkan ke Hospital Bintulu.

Seramai 29 kontak rapat dikenalpasti dalam kapal tersebut di mana semuanya merupakan anak kapal.

Daripada jumlah ini, 2 dikesan positif dan 27 negatif.

FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker