5 rentung dalam nahas 3 kenderaan di Perak

5 rentung dalam nahas 3 kenderaan di Perak

Lima individu yang menaiki sebuah kereta rentung dalam nahas dengan dua treler di KM246 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah utara, selepas Terowong Menora, di Kuala Kangsar tengah malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, berkata nahas itu membabitkan sebuah kereta yang belum dikenal pasti modelnya dengan dua treler yang membawa muatan besi serta mozek.




Sebuah lori terbakar dalam kemalangan tiga kenderaan di KM246 Plus arah utara hari ini. (Gambar Facebook)

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar bergegas ke tempat dengan dibantu BBP Meru Raya serta jentera tangki air BBP Kamunting dan BBP Ipoh, selepas menerima panggilan pada 12.52 tengah malam tadi.

Beliau berkata, kemalangan itu keseluruhannya membabitkan lapan mangsa, dengan lima daripadanya yang menaiki kereta itu maut di tempat kejadian, manakala dua pemandu treler dan seorang kelindan terselamat.

“Lima mangsa di dalam kereta disahkan maut selepas rentung oleh pegawai perubatan hospital dengan kerja mengeluarkan mangsa masih dijalankan,” katanya menurut laporan Berita Harian.



5 rentung dalam nahas 3 kenderaan di Perak


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


5 anggota polis disyaki curi barang kemas ketika serbuan



Sharifah Sakinah dikecam jahil samakan tandas dengan syurga

Kecoh Britney Spears belanja gambar bogel



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker