Salleh Buang meninggal dunia

Salleh Buang meninggal dunia

PAKAR undang-undang, Prof. Datuk Salleh Buang dilaporkan meninggal dunia sebentar tadi.

Perkara berkenaan dimaklumkan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PPSM), Musa Awang menerusi hantaran di Facebook, hari ini.



Menurut Musa, Salleh merupakan insan yang banyak berjasa kepada pegawai syariah dan peguam syarie.

“Dukacita dimaklumkan Dato’ Prof Salleh Buang baru sahaja meninggal dunia sebentar tadi.

“Semoga Allah mencucuri rahmat atas rohnya, amin ya rabb.

“Sama-sama kita doakan semoga Allahyarham ditempatkan bersama insan yang beriman dan bertaqwa,” katanya dalam hantaran tersebut.



Beliau yang merupakan anak kelahiran Muar, Johor pernah berkhidmat di Jabatan Peguam Negara sebelum menjadi peguam bela dan peguam cara.

Baca artikel berkaitan: Bekas Pengarang Urusan Bernama meninggal dunia

Salleh kemudiannya terlibat dalam sektor swasta dan memasuki bidang akademik.

Beliau juga pernah menjawat jawatan Timbalan Dekan, Kuliyyah Undang-Undang, Universiti Antarabangsa Islam Malaysia (UIAM).



Salleh banyak menjadi rujukan kerana pengalaman dan kepakarannya dalam bidang perundangan.

Beliau juga terkenal dengan penulisan buku undang-undang khususnya dalam bahasa Melayu.

Allahyarham juga merupakan kolumnis bagi beberapa akhbar berbahasa Melayu dan bertugas sebagai pensyarah di beberapa institusi pengajian tinggi (IPT). utv



Salleh Buang meninggal dunia


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


5 anggota polis disyaki curi barang kemas ketika serbuan



Sharifah Sakinah dikecam jahil samakan tandas dengan syurga

Kecoh Britney Spears belanja gambar bogel



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker