Mansuh hutang PTPTN janji PAS, bukan PH – Nik Nazmi
Mansuh hutang PTPTN janji PAS, bukan PH – Nik Nazmi
Ketua Setiausaha Pengelola PKR Nik Nazmi Nik Ahmad menolak dakwaan bahawa kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya yang lalu (PRU14) adalah kerana janjinya untuk menghapuskan hutang peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Beliau memberi maklum balas itu susulan kenyataan Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki yang mendakwa ramai yang termakan “pembohongan” PH untuk menghapuskan hutang pelajar terbabit.
Dalam catatan Facebook hari ini, Nazmi berkata, PAS yang membuat janji sedemikian.
“Jika Asyraf ingin menuding jari berkaitan pemansuhan (hutang) PTPTN, adalah lebih baik kemarahan itu dihalakan kepada PAS, yang kini berada dalam kerajaan pusat lebih lama daripada PH.
“Andainya Asyraf mengkaji perbandingan manifesto PRU14, sudah pasti dia menemui janji PAS untuk memansuhkan terus hutang PTPTN,” katanya.
Ahli Parlimen Setiawangsa itu menegaskan, satu-satunya janji yang pernah dibuat oleh PH adalah untuk menangguhkan pembayaran sehingga graduan memperoleh pendapatan bulanan RM4,000.
“Kita mengerti PTPTN merupakan bebanan untuk graduan, lebih-lebih di Malaysia masalah gaji permulaan graduan yang rendah masih berlaku,” katanya.
Menurutnya, individu yang harus bertanggungjawab berhubung isu hutang PTPTN ialah pengerusinya, Wan Saiful Wan Jan, memandangkan beliau dilantik sejak PH mengambil alih pentadbiran.
“Bagi PH, orang paling utama yang perlu bertanggungjawab dalam isu ini adalah Wan Saiful Wan Jan, memandangkan beliau diberikan amanah sejak zaman PH hingga ke hari ini sebagai pengerusi PTPTN.
“Malangnya, bermula dari zaman PH sehingga ke hari ini, Wan Saiful dan pasukannya belum datang dengan kaedah pembayaran yang mampu membantu para graduan,” tambahnya. FMT
Mansuh hutang PTPTN janji PAS, bukan PH – Nik Nazmi
Baca Artikel Menarik:
- Sekarang paling sesuai buat PRU, bukan pemilihan Umno – Tok Mat
- Kerajaan Pulau Pinang jangan syok sendiri
- Pengharaman skuter elektrik: MCA tayang video ‘bukti’
- PU Syed Sokong Usaha Janna Nick Bina Pusat Tahfiz Sambil Tegur Netizen [VIDEO]
- Bos Eskayvie setuju RichWorks skim cepat kaya
- PAS perlu akui peranannya dalam kegagalan MN – Khairuddin
- PAS tak sedia ‘putus’ dengan Umno – Mursyidul Am
- Covid-19: `Saya tak ingat siapa isteri saya’
- Pengundi hantu PKR: Najib cadang Rafizi buat Himpunan Blackout
- Syahredzan wakil DAP bertanding di Bangi?
- Penunggang GPX GR200 maut ‘tercium’ belakang lori Scania
- Jiran selamba sidai pakaian basah dalam laman rumah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kecoh Britney Spears belanja gambar bogel