Hala mercun, acah cucuk OKU, 2 lelaki ditahan

Hala mercun, acah cucuk OKU, 2 lelaki ditahan

Dua pekerja syarikat penghantaran barang ditahan selepas satu video tular menunjukkan seorang daripadanya membuli seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) di Bandar Baru Semariang, Kuching, semalam.

Ketua Polis Kuching, Ahsmon Bajah berkata, dalam video 56 saat itu, suspek berusia 24 tahun terbabit dirakam membakar mercun dan menghalakannya kepada lelaki OKU berusia 40 tahun itu yang sedang berehat di tangga sebuah bangunan.

Katanya, tindakan suspek menakut-nakutkan mangsa dengan mengacah-acah mencucuknya dengan objek tumpul turut dirakam rakan sekerjanya.

“Berikutan video yang tular di laman sosial itu, satu laporan polis diterima dan bertindak atas laporan itu, dua suspek termasuk yang merakam video itu ditahan oleh anggota dari Balai Polis Santubong serta Bahagian Siasatan Jenayah Daerah petang semalam.

“Suspek direman empat hari mulai hari ini dan semua barang kes, termasuk pakaian seragam syarikat penghantaran yang dipakai suspek utama ketika kejadian dan bekas mercun yang digunakannya dirampas,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan objek dan Seksyen 286 Kanun Keseksaan kerana cuai menggunakan bahan letupan, iaitu mercun.

Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, suspek boleh dihukum penjara tiga tahun atau denda, manakala penjara sehingga enam bulan bagi Seksyen 286 Kanun Keseksaan.

Dalam kes berasingan mengenai lelaki menyerang kakitangan awam yang membantu mengawal lalu lintas dalam kemalangan di Jalan Astana, di Kuching pada 20 April lalu, Ahsmon berkata, kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

“Pada mulanya, polis menyiasat kes mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tiga tahun jika sabit kesalahan, namun Jabatan Peguam Negara mengkaji hasil siasatan dan bersetuju menuduh suspek mengikut Seksyen 326 yang membawa hukuman lebih berat.”

Dalam kejadian itu katanya, mangsa berusia 58 tahun itu cedera di kepala dan dikejarkan ke hospital selepas diserang suspek menggunakan objek tumpul.

“Dalam kes ini, suspek berusia 42 tahun adalah samseng yang bertindak tanpa usul periksa menyerang mangsa yang ketika itu cuba memberi bantuan susulan berlaku kemalangan jalan raya.

“Semakan mendapati suspek mempunyai empat rekod jenayah lampau dan tiga lagi rekod kes dadah. Dia dituduh di mahkamah pada 28 April lalu dan sebutan semula kes pada 31 Mei ini.” FMT

Hala mercun, acah cucuk OKU, 2 lelaki ditahan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


5 anggota polis disyaki curi barang kemas ketika serbuan

Sharifah Sakinah dikecam jahil samakan tandas dengan syurga

Kecoh Britney Spears belanja gambar bogel

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker