Polis nafi paksa pasangan kekasih tarik balik laporan disamun

Polis menafikan bahawa pihaknya telah memaksa sepasang kekasih yang mendakwa disamun di Bangsar menarik semula laporan seperti yang tular melalui satu ciapan di laman Twitter semalam.

Apa yang berlaku adalah pengadu telah membuat laporan palsu berkaitan insiden disamun.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata pada 4.15 petang dua hari lalu, seorang lelaki warga Pakistan berumur 22 tahun telah membuat laporan mendakwa disamun oleh sekumpulan lelaki warga tempatan.

“Kejadian (didakwa) berlaku kira-kira dua pagi (hari yang sama) semasa pengadu sedang merokok di Jalan Telawi 3, Bangsar.

“Pengadu mendakwa sekumpulan lelaki tersebut meminta wang dan memukulnya di bahagian muka lalu mengambil barangan peribadi berupa sebentuk cincin perak, rantai leher emas, telefon bimbit jenis Iphone dan wang tunai. Anggaran kerugian lebih kurang RM6,000,” menurutnya dalam kenyataan semalam.

Dia berkata bertindak atas maklumat, semakan melalui rakaman litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian mendapati tiada sebarang kejadian samun atau pertengkaran seperti yang dinyatakan pengadu dalam laporan polis.

Amihizam berkata rakaman CCTV juga menunjukkan pengadu bersama-sama dua wanita sedang menyeberang jalan dari hadapan Hong Leong Bank di Jalan Telawi ke tempat letak kereta dalam keadaan tenang dan tidak tergesa-gesa.

“Keterangan awal pengadu kepada pihak polis pula didapati ada keraguan dan tidak konsisten. Berdasarkan keterangan saksi, wujud kehadiran polis menyuraikan beberapa pelanggan yang menjerit kerana mabuk di kelab yang dikunjungi oleh pengadu pada hari kejadian.

“Namun CCTV tidak memaparkan sebarang kejadian samun atau pertengkaran yang melibatkan pengadu dan teman wanitanya di lokasi kejadian. Polis mendapati pengadu telah membuat laporan polis palsu dan kertas siasatan akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya dengan cadangan tuduh pengadu di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan,” katanya.

Dia menasihati orang ramai supaya tidak membuat laporan polis palsu kerana boleh dikenakan hukuman maksimum penjara enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

“Kenyataan mengenai layanan pihak polis ke atas pengadu serta dakwaan polis minta pengadu tarik semula laporan polis yang dibuat adalah tidak benar. Spekulasi berkaitan kenyataan yang tular di laman Twitter ini hendaklah dihentikan,” katanya.

-Bernama

Polis nafi paksa pasangan kekasih tarik balik laporan disamun

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bila Nak Kahwin? Jangan Sentap Kalau Ditanya Pasal Jodoh…Sini Ada Tips Tepis Soalan Camtu…

Hamid Gurkha kian uzur, badan tinggal tulang

Reedzwan Terkejut Kubur Ayah Hilang, Menangis Sedih Hanya Jumpa Batu Nisan Berlonggok [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker