Dua kali saya cuba bunuh diri kerana dibuli emosi – Doktor pelatih
Dua kali saya cuba bunuh diri kerana dibuli emosi – Doktor pelatih
Penat, rasa tidak berguna dan menangis adalah perkara biasa yang sering dilalui oleh seorang doktor pelatih (houseman) sepanjang ditempatkan di Jabatan Pembedahan di sebuah hospital kerajaan di Pantai Timur.
Menerusi perkongsian di laman Twitter, bekas doktor pelatih itu mendedahkan kes buli secara emosi itu bermula selepas dua minggu ditempatkan di jabatan berkenaan.
Katanya, dalam jabatan itu terbahagi kepada dua pasukan yang berbeza dan semua doktor pelatih perlu berkhidmat selama dua atau tiga minggu dalam setiap pasukan.
“Antara dua pasukan itu, pasukan B paling menonjol dan terdapat dua ‘taiko’ yang dikenali sebagai Encik Z dan Dr M. Kedua-dua mereka memang dikenali sebagai seorang yang sangat kejam dan bersikap kasar dengan jururawat, doktor pelatih atau sesiapa sahaja yang pangkatnya lebih rendah.
“Konflik saya bermula apabila saya tidak dapat menghubungi Dr M walaupun sudah mencuba banyak kali untuk memaklumkan mengenai laporan darah pesakit secara peribadi.
“Ketika Dr M melihat hasil laporan darah berkenaan, dia mula menjerit ke arah saya dan mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya, selain mengoyakkan laporan fail pesakit termasuk dokumen yang sudah ditulis. Sejak dari itu hidup saya seperti dalam neraka kerana setiap hari saya dimomokkan dengan kata-kata bahawa saya ini teruk dan tidak berguna,” katanya.
Disebabkan tidak tahan dengan layanan yang diberikan kepadanya, doktor pelatih itu akhirnya nekad melaporkan perkara itu kepada Timbalan Pengarah namun tiada sebarang tindakan lanjut yang diambil.
Katanya, lebih merunsingkan, Timbalan Pengarah berkenaan memberitahu kepada Ketua Jabatan dan seterusnya memberitahu kepada Encik Z terdapat laporan berkaitan isu berkenaan kepada pihak atasan.
“Kehidupan saya di sana menjadi semakin parah, apabila Encik Z pula mula menjerit kepada saya di hadapan pesakit yang mengatakan saya seorang ‘kaki report’ dan akan susahkan hidup saya sebagai doktor pelatih.
“Keadaan menjadi semakin buruk apabila ketua jabatan memberitahu setiap pegawai perubatan (MO) dan doktor pakar lain yang saya seorang doktor pelatih yang teruk dan patut dilayan dengan teruk kerana melaporkan kejadian berkenaan,” katanya.
Menurutnya, dikutuk dan diberitahu dirinya bodoh dan tidak berguna adalah ‘makanannya’ setiap hari ketika dalam jabatan berkenaan. Bukan sahaja didera secara emosi, malah, dia juga disuruh bekerja lebih masa walaupun syif sudah tamat.
“Doktor pelatih yang tamat syif pada 9 malam tidak dibenarkan pulang sehingga syif malam tamat. Jika bermula lewat, kami perlu menunggu sehingga pusingan malam selesai dan barulah dibenarkan pulang ke rumah.
“Jika pulang sebelum pusingan tamat, nama akan dipanggil serta dilabel sebagai manusia yang tidak boleh dipercayai dan tidak cekap. Penderaan emosi yang dilakukan oleh Encik Z dan Dr M seperti mencurahkan minyak ke api.
“Tanpa disedari, saya mendapati berada di dalam bilik secara bersendirian dengan tangan memegang pisau. Namun belum sempat membuat apa-apa, rakan serumah tiba-tiba pulang ke rumah lebih awal dari sepatutnya dan berjaya menghalang cubaan membunuh diri itu,” katanya.
Katanya, seminggu selepas kejadian itu dia dirujuk ke psikiatri dan kehidupannya menjadi lebih baik serta meneruskan kerjanya di dalam jabatan berkenaan.
“Namun selepas sebulan, saya tidak dapat hadir untuk mendapatkan rawatan susulan kerana doktor dalam jabatan berkenaan sering memberitahu tindakan saya mendapatkan rawatan psikiatri itu hanya menambahkan beban kepada rakan doktor pelatih yang lain.
“Tidak lama selepas itu saya nekad untuk berpindah dan terpaksa melutut kepada ketua jabatan bagi menandatangani borang penukaran ke tempat lain, namun saya dihalau keluar dari pejabatnya.
“Saya kemudiannya ke pejabat Pengarah, namun sia-sia kerana orang atasan tidak pernah ada di pejabat atau selalu bermesyuarat. Saya merayu berulang kali namun sia-sia sehingga pada Disember 2019 sekali lagi saya cuba untuk mengambil nyawa sendiri namun masih gagal kerana diselamatkan.
“Namun saya kini sudah berhenti bekerja kerana berada di penghujung fasa kemurungan,” katanya.
Sementara itu, mengulas lanjut mengenai Encik Z dan Dr M, bekas doktor pelatih itu memaklumkan Encik Z mula mencari sasaran baharu dan sikap Dr M semakin buruk dan sukar dibendung.
“Walaupun banyak aduan dan laporan dibuat oleh doktor pelatih lain, namun tiada tindakan yang diambil.
Menurutnya, dia kini gembira apabila cubaan membunuh dirinya gagal dan sekarang mendedikasikan hidupnya untuk membantu individu yang mempunyai kemurungan dan bipolar. HM
Dua kali saya cuba bunuh diri kerana dibuli emosi – Doktor pelatih
Baca Artikel Menarik:
- Jangan beli durian melalui aplikasi D4 Durian
- Wanita berusia 121 tahun dipercayai tertua di dunia
- Alibaba rugi RM113 bilion akibat khabar angin penahanan Jack Ma
- Osama, Zaki Cuba Nak Satukan Keluarga Penyanyi Legenda Jamal Abdillah
- Gaduh di Restoren Nasi Kandar, polis mulakan siasatan
- PRU15: Tiada Ruang Untuk Bersatu, GPS Tanding Semua 31 Kerusi Parlimen – Abang Jo
- Ibarat bom jangka, saya boleh mati bila-bila masa – Azizulhasni
- Tambang ECRL mahal, Azan pakai formula siapa – Najib
- Pemandu e-hailing tinggal pelanggan di lebuh raya
- Pekerja bengkel langgar lari guna MPV pelanggan
- Kondom berisi air mani atas cermin kereta buat ramai jijik
- Puasa 6 Syawal Dan Hukum Gabung Puasa Ganti
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bila Nak Kahwin? Jangan Sentap Kalau Ditanya Pasal Jodoh…Sini Ada Tips Tepis Soalan Camtu…
Reedzwan Terkejut Kubur Ayah Hilang, Menangis Sedih Hanya Jumpa Batu Nisan Berlonggok [VIDEO]