Penunggang Motosikal Maut Dirempuh MPV Hilang Kawalan

Penunggang Motosikal Maut Dirempuh MPV Hilang Kawalan

NAHAS melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 9.8 Jalan Sua Betong -Air Kuning di Port Dickson, Negeri Sembilan awal pagi Sabtu mengakibatkan seorang pekerja ladang maut.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.45 pagi itu, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 maut di lokasi kejadian.

“Sebelum kejadian Perodua Alza dari arah Air Kuning Ke Sua Betong untuk ke tempat kerja di Hospital Port Dickson manakala dua motosikal berkenaan masing-masing dari Sua Betong ke Air Kuning.



“Setibanya di lokasi kejadian iaitu kawasan berselekoh Perodua Alza itu dipercayai telah hilang kawalan menyebabkannya berpusing dua kali dan masuk ke laluan motosikal tersebut sebelum berlaku perlanggaran,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Katanya, penunggang Yamaha Y15 ZR mengalami kecederaan di bahagian pergelangan tangan kiri selain patah paha kiri bagaimanapun seorang lagi penunggang maut di lokasi kejadian.

“Individu yang terselamat dan mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Port Dickson untuk tindakan selanjutnya.

“Siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. – Sinar Harian



Penunggang Motosikal Maut Dirempuh MPV Hilang Kawalan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Bila Nak Kahwin? Jangan Sentap Kalau Ditanya Pasal Jodoh…Sini Ada Tips Tepis Soalan Camtu…

Hamid Gurkha kian uzur, badan tinggal tulang



Reedzwan Terkejut Kubur Ayah Hilang, Menangis Sedih Hanya Jumpa Batu Nisan Berlonggok [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker