MN belum berkubur tapi dah tak subur – Mat Maslan

PONTIAN: Muafakat Nasional (MN) yang dimeterai antara Barisan Nasional (BN) dan Pas belum berkubur tetapi perjanjian itu sudah ‘tidak subur’.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ini disebabkan ahli gabungan MN iaitu Pas memilih untuk bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berbanding UMNO pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor.

“Untuk suburkan kembali (MN) pun kita tak buat keputusan lagi pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT). Ini kerana apa-apa keputusan besar perlu dibuat oleh MKT. Setakat ini, belum ada sebarang perbincangan, malah mesyuarat baru-baru ini pun tidak dibangkitkan mengenai perkara itu,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Parlimen Pontian.



Semalam, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata, penyatuan ummah menerusi MN yang digagaskan oleh Pas dan UMNO disifatkan sebagai formula terbaik.

Takiyuddin berkata, penyatuan itu bukan terhad kepada parti-parti tertentu sahaja, sebaliknya boleh disertai mana-mana parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau individu yang mempunyai matlamat sama iaitu ke arah penyatuan ummah seperti yang termaktub dalam piagam itu.

Oleh itu, Pas dilaporkan masih lagi menyeru supaya penyatuan ummah membabitkan semua pihak terutamanya parti-parti Melayu Islam, bumiputera dan parti bukan Melayu yang tidak ekstrem sebagaimana disebut Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Sementara itu, Ahmad berkata, keputusan muktamad mengenai MN belum dibuat pucuk pimpinan UMNO setakat ini.



“Namun apabila sudah ada keputusan muktamad dibuat nanti, UMNO setiap negeri mestilah patuh terhadap ketetapan itu,” ujarnya.

Katanya, setakat ini, UMNO mengambil haluan seperti apa yang berlaku pada PRN Melaka dan Johor dengan bergerak solo sehingga satu keputusan muktamad dicapai kelak.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bila Nak Kahwin? Jangan Sentap Kalau Ditanya Pasal Jodoh…Sini Ada Tips Tepis Soalan Camtu…

Hamid Gurkha kian uzur, badan tinggal tulang



Reedzwan Terkejut Kubur Ayah Hilang, Menangis Sedih Hanya Jumpa Batu Nisan Berlonggok [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker