Banyak kereta terkandas, petrol habis di stesen minyak



Kepulangan ramai ke tempat tinggal masing-masing setelah beraya di kampung telah menyebabkan permintaan yang tinggi terhadap barangan dan juga petrol di sepanjang perjalanan.

Beberapa pengguna jalan raya berkongsi di Twitter berkenaan pengalaman mereka berdepan kekurangan petrol di stesen minyak.

Ada stesen yang mengenakan had bagi pembelian minyak RON95 manakala di sesetengah stesen lain, hanya minyak RON97 yang masih ada.

“Minyak habis di stesen pertama. Di stesen kedua, pekerja hanya benarkan isi maksimum RM30.

“Banyak stesen kehabisan minyak,” menurut seorang pengguna Twitter.

Dia berkata demikian ketika membalas ciapan seorang lagi pengguna yang berkata stesen minyak di sepanjang jalan dari Besut ke Kuantan kehabisan petrol.

Seorang lagi pengguna turut berkongsi yang lori tangki minyak juga tersekat dalam kesesakan jalan raya.

Sementara itu, Astro Awani melaporkan kira-kira 200 kenderaan terkandas di sebuah stesen minyak di Kampung Saujana, Setiu yang kehabisan petrol.

Laporan itu memetik pengurus stesen sebagai berkata, lori tangki minyak berdepan kesesakan jalan raya untuk sampai ke stesen itu.

Banyak rungutan berkenaan kekurangan petrol adalah di kawasan pantai timur.

Menurut harga minyak yang ditetapkan secara mingguan, RON95 berharga RM2.05 seliter manakala RON97 RM3.94 seliter.

Pengguna juga memaklumkan mesin ATM di sepanjang perjalanan kekurangan wang manakala kedai makanan juga berdepan kekurangan bekalan.

Terdahulu, Bernama melaporkan kesesakan teruk berlaku di beberapa lebuh raya utama menujuk Lembah Klang, dengan ramai penduduk mula pulang dari kampung halaman masing-masing.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda





Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bila Nak Kahwin? Jangan Sentap Kalau Ditanya Pasal Jodoh…Sini Ada Tips Tepis Soalan Camtu…

Hamid Gurkha kian uzur, badan tinggal tulang

Reedzwan Terkejut Kubur Ayah Hilang, Menangis Sedih Hanya Jumpa Batu Nisan Berlonggok [VIDEO]



Leave a Reply

Your email address will not be published.