J-KOM perlu dibubarkan kerana gagal berfungsi

Awang Solahuddin Hashim (PN-Pendang) mencadangkan agar kerajaan membubarkan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) kerana menurutnya gagal menjalankan peranannya secara berkesan.

“Apakah mekanisme mengukur kejayaan fungsi J-Kom dan sejauh mana ia berkesan menjadi medium mendedahkan ilmu politik kepada belia?

“Dulu PH sendiri desak mansuh Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) kerana kata ia akan jadi (alat) propaganda kerajaan. Sekarang kita J-Kom (jadi alat) serang pembangkang,” kata ketika perbahasan peringkat jawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan 2024 di Dewan Rakyat hari ini.



Awang turut menyasarkan Ketua Pengarah J-Kom Dr Mohammad Agus Yusoff yang dilihatnya gagal memimpin jabatan terbabit dan memberi imej buruk kepada kerajaan.

“Saya mencadangkan supaya J-Kom dimansuhkan kerana gagal menjalankan tugas.

“Saya gusar apa yang berlaku sekarang ini, adakah J-Kom benar-benar memainkan peranan dengan betul dan tidak digunakan sebagai alat propaganda politik seperti tuduhan kerajaan PH dahulu yang memansuhkan Jasa,” katanya lagi.

Pada masa sama, Awang membangkitkan pengurangan peruntukan terhadap J-Kom di saat peruntukan untuk Jabatan Perdana Menteri (JPM) meningkat sebanyak RM200 juta.



Menurut dokumen perbelanjaan kerajaan untuk JPM, J-Kom yang terletak di bawah jabatan itu diberi peruntukan sebanyak RM13,578,000 untuk tahun depan, turun berbanding RM18,692,800 tahun ini.

‘Program J-Kom tiada impak’

Mas Ermieyati Samsudin (PN- Masjid Tanah) turut menyentuh mengenai program J-Kom yang didakwanya tidak memberi impak serta gagal memberi penerangan yang tepat kepada rakyat.

“J-Kom perlu berwaspada mengurus persepsi tanpa memperlekehkan apa yang telah dilalui oleh rakyat terutama dalam keadaan yang tertekan ini, dan sepatutnya menjadi suara rakyat dan bukannya medium propaganda politik.



“Ramai yang berpendapat bahawa Jasa lebih baik dalam melaksanakan programnya sebelum ini. (Ketika ini) saya tidak nampak impak dan minta J-Kom nilai semula program yang mana memberi impak kepada kerajaan,” katanya lagi.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Famili Duo musim ketiga, Haqiem Rusli, Ariff Bahran menang lagi

Berhibur di kelab malam pakai ‘hoodie’, Fazura dakwa ianya fitnah



5 selebriti Hollywood persetankan Zionis

Melampau betul tindakan Aliff Syukri ke atas Azwan Ali



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker