Aliran trafik ke Lembah Klang masih sesak

Aliran trafik ke Lembah Klang masih sesak

Aliran trafik menghala ke Lembah Klang dari utara dan timur masih sesak setakat tengah hari ini berikutan warga kota mula pulang ke rumah masing-masing selepas cuti Hari Raya.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata kesesakan dari arah utara menuju ke Lembah Klang berlaku di Bertam menuju ke Plaza Tol Sungai Dua, dari Permatang Pauh ke Seberang Jaya dan Juru ke Plaza Tol Juru.

“Selain itu kesesakan juga dilaporkan berlaku di Bukit Tambun menuju ke Bandar Cassia, Alor Pongsu ke Bukit Merah, Changkat Jering ke Bukit Berapit, Kuala Kangsar ke Kawasan Rehat dan Rawat Sungai Perak sehingga ke Terowong Menora, Ipoh ke Gopeng dan Bidor ke Slim River,” katanya kepada Bernama.

Menurut jurucakap itu, aliran trafik dari pantai timur pula, kesesakan berlaku di Bentong menuju ke Plaza Tol Bentong dan selepas Plaza Tol Bentong menuju ke Bukit Tinggi.

Bagaimanapun, katanya aliran trafik bagi arah selatan ke Lembah Klang dalam keadaan terkawal berikutan kesesakan hanya dilaporkan berlaku di Sedenak menuju ke Simpang Renggam.

“LLM menjangkakan kesesakan akan berlarutan sehingga lewat malam dan pengguna dinasihatkan merancang perjalanan mereka terlebih dahulu,” katanya. FMT

Aliran trafik ke Lembah Klang masih sesak


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘DINA’, ‘MIRA’ dan ‘J3H3’ disita

Misteri duit syiling timbul di permukaan tanah

Hilang ibu bapa berselang 12 jam di Aidilfitri

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker