[VIDEO] Lelaki maut, tiga parah kemalangan 4 kenderaan

Ipoh: Seorang maut manakala tiga lagi parah dalam nahas membabitkan empat kenderaan di KM263.1, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, di sini, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, nahas membabitkan kereta Perodua Myvi dan Perodua Alza, sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Mitsubishi Triton dan sebuah motosikal.

Katanya, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan jam 3.56 petang bagi operasi menyelamat.

VIDEO DIBAWAH:-

Beliau berkata, nahas membabitkan empat mangsa yang mana seorang daripadanya disahkan maut di tempat kejadian manakala tiga yang lain parah.

Majikan pukul, ugut tembak pemandu peribadi ditahan polis

“Mangsa yang maut adalah seorang lelaki berusia dalam lingkungan 40 tahun, manakala tiga yang parah masing-masing adalah dua lelaki serta seorang wanita yang juga berusia dalam lingkungan 40 tahun.

“Ketika tiba di lokasi kejadian hanya seorang mangsa iaitu lelaki yang menaiki Perodua Alza masih tersepit, sementara tiga mangsa lain sudah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Peguam saman fitnah RM50 juta terhadap Ayob Khan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker