Pemuda UMNO gesa segera siasat hakim perbicaraan Najib
Pemuda UMNO gesa segera siasat hakim perbicaraan Najib
Pemuda UMNO Kelantan menggesa kerajaan segera membuat siasatan menyeluruh terhadap semua hakim yang terlibat dalam perbicaraan ke atas mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ketuanya, Noor Hariri Mohamed Noor berkata, siasatan itu mesti turut melibatkan Hakim Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan kerana dibimbangi mempunyai unsur untuk menjatuhkan hukuman ke atas Najib.
Ujar beliau, bukti dikemukakan peguam bela langsung tidak diambil pakai, malah lebih pelik lagi saksi utama seperti Jho Low dan Nik Faisal Ariff tidak dipanggil untuk diberi keterangan, sedangkan dua orang ini antara watak penting dalam ‘urusan luar biasa’.
“Mutakhir ini, satu demi satu bukti mengaitkan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Nazlan Mohd Ghazali dengan konspirasi pendakwaan terpilih ke atas Najib Razak dalam kes 1MDB.
“Sejak awal lagi Pemuda UMNO mengesyaki seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan lantikannya selaku hakim yang mengadili perbicaraan ini.
“Ini dikuatkan lagi dengan isu Nazlan terbabit secara langsung sebagai Penasihat Undang-Undang dalam bank yang menjadi panel kepada syarikat 1MDB yang berkait rapat transaksi dengan Jho Low.
“Malah, Pemuda UMNO terkejut apabila dikatakan ada transaksi wang masuk berjumlah RM1 juta lebih ke dalam akaun peribadinya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Menurut Noor Hariri, sifir mudahnya, mana mungkin seseorang itu dijatuhkan hukuman, sementelah saksi utama yang menyebabkan segala kebobrokan huru hara itu bebas menjalani kehidupan di luar sana.
“Secara ringkas, Hakim Nazlan ini satu contoh ‘Judiciary Embarassment’ yang menjadi punca ketidakyakinan rakyat kepada bidang kehakiman negara yang terdedah dengan isu sogokan rasuah, integriti tercalar dan menjatuhkan hukuman melalui skrip yang direka pihak tertentu,” katanya. MG
Pemuda UMNO gesa segera siasat hakim perbicaraan Najib
Baca Artikel Menarik:
- Ku Li jumpa Amanah Kelantan, ada kerjasama PRU15?
- ‘Welcome back’ PH 2.0, kata Najib
- Saiful Bukhari keluar Bersatu
- Kad debit Maybank tak boleh digunakan sementara
- Pemandu teksi rakam aksi perkosa gadis Myanmar
- Saya bukan nak tunggang agama – Boy Iman
- Pas Leaks tak lari jauh dari realiti – Shahril
- Rafizi ingatkan Saifuddin usah buat kenyataan memalukan
- Sokong Anwar jadi PM jika mahu bersama PH – Farhash
- ASP wanita dikecam buat ‘live’ TikTok masa serbuan
- Guan Eng bidas SPRM siasat Nazlan, tapi bukan Azam
- Achey menangis tepi jalan saat ibu meninggal dunia
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Larikan diri sejak 2015, buat pembedahan plastik demi elak dicekup polis
You must be logged in to post a comment.