Polis mulakan siasatan kebakaran gerai mercun di Chow Kit

Tangkap layar video tular kebakaran melibatkan gerai menjual bunga api dan mercun di Chow Kit, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Polis membuka kertas siasatan membabitkan sebuah gerai jualan bunga api dan mercun yang terbakar di tepi Jalan Raja Bot, Chow Kit, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada pukul 3.43 petang hari ini.

Menurutnya, siasatan awal dijalankan mendapati kejadian berlaku pada pukul 10.50 malam dan gerai tersebut tidak mempunyai lesen.

“Justeru, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957, Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.



“Siasatan sedang berjalan di mana individu yang terlibat telah dikenal pasti dan akan diambil keterangan serta tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Noor Dellhan, orang ramai dinasihati agar tidak terlibat dalam sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan sebuah gerai yang menjual bunga api dan mercun terbakar sekali gus menyebabkan barangan dijual musnah dalam kejadian di Chow Kit, Kuala Lumpur.

Insiden tersebut tular menerusi video di media sosial memperlihatkan mercun-mercun yang dijual meletup serta mengundang kebimbangan orang awam yang berada di kawasan berkenaan.



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Aedy, sudikah awak menjadi milik saya – Amelia Henderson



Tular Video Isteri Tengking Suami Di Dobi? [VIDEO]

View Chin Dah Kahwin Dengan Penyondol@Mira



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker