‘Saya tak malu pakai baju murah’- Fasha Sandha

PELAKON jelita, Fasha Sandha mendedahkan dirinya tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengenakan pakaian yang berharga murah asalkan ia kelihatan cantik pada pandangannya.

Kenyataan tersebut merupakan respons balas Fasha terhadap komen seorang individu yang mengatakan baju yang digayakannya menerusi entri terkini di laman Instagram cuma berharga RM15.

Dalam pada itu, pelakon drama Rampas Cintaku ini turut merasakan baju yang berharga mahal itu tidak akan terlihat eksklusif sekiranya si pemakai tidak mempunyai aura untuk mengenakannya.



“Ada kalanya, pakai baju atas berpuluh ribu, tetap tak nampak cantik. Saya tak kisah dan tak malu pun. Saya memang pakai baju murah-murah sahaja,” ujarnya lagi.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama selain turut memuji Fasha yang sentiasa kelihatan cantik dalam mengenakan apa sahaja jenis pakaian sekali pun.

“Betul tu. Pakai mahal-mahal tak kena gaya tak cantik juga. Kalau pakai bundle pun kalau kena gaya, orang kata mahal juga.

“Apa pun kita sendiri yang pakai. Kita rasa selesa dan kita rasa lawa di mata sendiri. Itu sudah cukup.



“Orang kalau dah cantik, pakai baju RM1 pun tetap nampak cantik.

“Ini baru betul. Bila orang ada class pakai baju RM15 tetap nampak cantik.

“Mahal atau murah bukan itu tujuannya. Yang penting macam mana kita menggayakannya.

“Kalau kita pandai menggayakan, baju akan nampak wow dan nampak mahal. Begitu juga sebaliknya.



“Sis kita sama. Saya layan Times Square sahaja. Baju banyak je elok-elok. Asalkan pandai gayakan,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Terdahulu, selain aktif berlakon, Fasha juga kini sedang sibuk dengan pelbagai projek selaku duta produk. – Awani/Media Hiburan

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nak jadi janda sekejap saja – Puteri Sarah

Baby Shima dikafirkan kerana mahu saman pemimpin PAS dan PU Syed



Tak segan cium Alif Hadi, Yasmin Hani undang kecaman (Video)

Gangguan seksual terhadap Rara, laporan polis dibuat



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker