Annuar Musa tetap mahu ‘repair’ Muafakat Nasional

KANGAR – Ketua Bahagian UMNO Ketereh, Tan Sri Annuar Musa yakin masih terdapat ruang kerjasama antara UMNO dan Pas menerusi Muafakat Nasional (MN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15 ) akan datang.

Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, oleh itu beliau tidak berputus asa dan beranggapan bahawa kebuntuan yang berlaku antara kedua-dua parti itu ketika ini hanya bersifat sementara dan jalan-jalan bagi memperkukuhkan hubungan perlu diteruskan.

“Sebagai seorang ahli politik lama dan banyak kali berlawan dengan Pas dalam PRU, saya dapati MN adalah anugerah ALLAH apabila UMNO dan Pas dapat bekerjasama.

Oleh itu kita tidak boleh berputus asa berusaha bagi mengekalkan hubungan silaturrahim libatkan kedua-dua parti ini walaupun pada masa ini terdapat sedikit kerenggangan,” katanya kepada pemberita ketika melakukan kunjungan hormat terhadap Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin di Kompleks Pas Negeri Perlis hari ini.

Beliau berkata, adalah sayang jika MN hanya berada di pertengahan jalan dan tidak dibawa sehingga ke PRU kerana tujuannya adalah hendak kuasai PRU.

“Kita buat MN dengan tujuan hendak kuasai pilihan raya akan datang, tiba-tiba bila ada senjata yang bagus di tangan kita bagi memasuki medan perang, dicampak begitu saja,” katanya

Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata dalam memorandum persefahaman (MoU) MN yang dimeterai sebelum ini terdapat satu frasa bahawa sekiranya terdapat pertikaian atau masalah dalam kerjasama UMNO dan Pas perlu diselesaikan seperti piagam Madinah.

Katanya seperti piagam Madinah, jika ada sebarang pertikaian kembalilah merujuk al-Quran dan hadis sebagai rujukan bagi menyelesaikan masalah berbangkit.

“Roh dan semangat itu (piagam Madinah) penting bukan hanya dalam politik tetapi dalam kehidupan kita menyelesaikan masalah dan pertelingkahan dengan kembali kepada al-Quran dan hadis,” katanya.

Sementara itu, Hashim berkata, beliau seolah-olah mendapat semangat dan tenaga baharu dalam usaha menyelamatkan perpaduan ummah ini selepas bertemu Annuar dan membincangkan berhubung soal itu.

“Saya berazam dengan rakan-rakan, apa pun ada halangan di hadapan kita akan teruskan perjuangan ke arah perpaduan ini (MN),” katanya. – Bernama

 

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/199420/BERITA/Politik/Masih-ada-ruang-perbaiki-Muafakat-Nasional-Annuar
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda Trauma Lihat Muka Peguam Siti Bainun

Mawar Karim Akui Sedang Bercinta

Prank Melampau Pegang Tangan Isteri Orang (Video)

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker